Surendher: Niat saya hanya nak sedarkan Muslim kewujudan video jijik hina Melayu, Islam

Satu keputusan bersama dibuat untuk mengadu kepada pihak polis berkenaan klip video yang agama Islam, masyarakat Islam dan kelompok tabligh dengan kata-kata kesat dan lucah. Sumber (gambar): Naharnet

سورينضير: نية ساي هاڽ نق سدركن مسلم كوجودن ۏيدياو جيجيق هينا اسلام، ملايو

Pengguna Facebook Surendher Suren sebentar tadi menghubungi TTF dan menjelaskan niat sebenar beliau memuat naik dan berkongsi sebuah klip video yang menghina agama Islam, masyarakat Islam dan kelompok tabligh dengan kata-kata kesat dan lucah.

Dalam klip video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu, seorang individu yang memakai topeng dan cermin mata gelap dilihat mengeluarkan kata-kata jijik, antaranya:

“Kumpulan-kumpulan penunggang agama tersial, tabligh konon, tabligh lubang pu**mak kau…aku nak maki ni, puak-puak sempudal, melayu-melayu babi…”

Menurut Surendher, yang sudahpun menambah kapsyen di atas klip video berkenaan bagi menjelaskan niat beliau, dia hanya ingin membawa kepada perhatian masyarakat Islam akan kewujudan video berkenaan agar tindakan yang sewajarnya boleh diambil.

Justeru, kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis bersama berhubung video berkenaan bagi meminta pihak polis menyiasat siapakah dalangnya agar kebenaran dapat ditegakkan.


SUBANG JAYA: Pengguna Facebook Surendher Suren sebentar tadi menghubungi TTF dan menjelaskan niat sebenar beliau memuat naik dan berkongsi sebuah klip video yang menghina agama Islam, masyarakat Islam dan kelompok tabligh dengan kata-kata kesat dan lucah.

Dalam klip video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu, seorang individu yang memakai topeng dan cermin mata gelap dilihat mengeluarkan kata-kata jijik, antaranya:




“Kumpulan-kumpulan penunggang agama tersial, tabligh konon, tabligh lubang pu**mak kau…aku nak maki ni, puak-puak sempudal, melayu-melayu babi…”

Semalam, Surendher bertindak berkongsi video ini di kumpulan-kumpulan Facebook lain.

Ini menyebabkan beberapa individu yang tidak berpuas hati memaklumkan kepada TTF bahawa tindakan beliau sungguh tidak bertanggungjawab.

Justeru, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas beberapa sebab, termasuk keselamatan Surendher sendiri dan bagi membenarkan pihak polis menyiasat motif beliau, dan membuat satu kenyataan di TTF berkenaan hajat saya itu.

Tetapi setelah mendapat penjelasan secara peribadi daripada Surendher, yang turut beragama Islam, saya menasihatinya untuk meletakkan satu kapsyen di atas video yang dimuat naiknya bagi menjelaskan niat sebenar beliau membuat posting berkenaan.

Menurut Surendher, yang sudahpun menambah kapsyen tersebut, dia hanya ingin membawa kepada perhatian masyarakat Islam akan kewujudan video berkenaan agar tindakan yang sewajarnya boleh diambil.

Justeru, kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis bersama berhubung video berkenaan bagi meminta pihak polis menyiasat siapakah dalangnya agar kebenaran dapat ditegakkan.

Loading...

Saya turut membatalkan hajat saya untuk membuat laporan polis terhadap Surendher dan akan berganding bahu dengan beliau untuk menyiasat perkara ini.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...