SURAT TERBUKA MENJUNJUNG KASIH TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG BERHUBUNG PELANTIKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

29 Mac 2020

Shaʻban 5, 1441 AH




Mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan kebesaran dan kemuliaan yang dikurniakan Allah, Raja Segala Raja.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan segala hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa ke Hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan, perlindungan, afiat dan kerahmatan dari Allah setiap masa dan berlanjutan sampai akhirat nanti.

Ampun Tuanku,

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERHUBUNG PELANTIKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

Daulat Tuanku!

Patik dengan penuh takzim menerusi warkah ini, ingin merafakkan sembah keterbukaan hati patik-patik sekalian selaku hamba rakyat Tuanku yang beragama Islam dan rakyat jelata menerima sebarang keputusan Tuanku berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-8 sebagai menjunjung kasih titah Baginda Tuanku dengan keyakinan bahawa limpah kurnia serta keprihatinan Baginda Tuanku disanjung tinggi rakyat jelata.

Loading...

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun,

Tuanku merupakan payung kepada semua orang Melayu-Islam dan kaum lain selaku hamba rakyat Tuanku yang menjunjung kasih Tuanku sebagai Ketua Utama Negara dan Ketua Agama Islam. Tuanku turut dijunjung sebagai “the people’s ruler” (raja berjiwa rakyat) dan begitu dikagumi segenap lapisan masyarakat. Justeru, patik pasti segala apa keputusan yang dicapai oleh Tuanku adalah bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terjamin di samping memastikan bahawa kemuliaan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan Institusi Diraja sebagai payung negara serta lambang perpaduan dan penyumbang kepada kelangsungan kemajuan ekonomi rakyat terus dimartabatkan.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun,

Sudah tiba masanya untuk kita umat Islam memperbetulkan segala kesilapan puak-puak rasis dan anti-Islam yang selama ini menghina dan memijak-mijak maruah Agama, Raja, Bangsa dan Negara. Sudah tiba masanya rakyat dididik menghormati dan menyanjungi kemuliaan sistem kerajaan kita yang bertunjangkan Raja Berperlembagaan. Saya percaya bahawa payung kebesaran dan kemuliaan Tuanku mampu menyatukan segenap lapisan Bangsa Malaysia, khususnya yang beragama Islam, agar mereka berdiri teguh di belakang Raja Berperlembagaan.

Ampun Tuanku, salah dan silap pembicaraan patik harap diampun,

Patik dengan ini mengakhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan menyembah pohon kepada Tuanku, dengan penuh rasa rendah diri, untuk terus diberikan petunjuk dan teguran sekiranya patik tersilap langkah atau terkhilaf dalam perjuangan patik yang berterusan untuk memartabatkan lagi kemuliaan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan Institusi Diraja sebagai payung negara.

Patik dengan ini mengakhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekali lagi mempersembah pohonan ampun atas apa jua kekhilafan patik menerusi warkah ini.

Payungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berserta Duli-Duli Raja-Raja seluruhnya, akan meletakkan negara ini kekal merdeka, berdaulat, aman, makmur dan diredhai Maha Pencipta.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya;

Raggie Jessy Rithaudeen



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...