Sumber risikan: PH akan catat perosotan mendadak jumlah kerusi, BN mungkin hilang lebih 2 per tiga kerusi

“Dalam tinjauan terkini yang dimulakan pada 10.30 malam semalam (dan masih terbuka sehingga 10.30 malam Khamis,6 Julai), 92 peratus undi terkumpul setakat ini menyasarkan Perikatan Nasional akan menang lima negeri atau lebih pada PRN yang akan datang”

Raggie Jessy Rithaudeen

Lima hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Rafizi Ramli menyasarkan bahawa Pakatan Harapan menghampiri untuk menang 100 kerusi Parlimen dan Barisan Nasional tidak akan menang melebihi 50 kerusi.

Namun, bukan hanya Pakatan Harapan gagal meraih 100 kerusi, gabungan itu mendahului Perikatan Nasional hanya sebanyak tujuh kerusi (81 berbanding 74) meskipun Perikatan Nasional hampir tidak dihiraukan oleh Rafizi dalam ramalannya.




Manakala itu, Barisan Nasional mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah dengan perolehan 30 kerusi, hampir separuh daripada jangkaan maksima Rafizi.

TONTON: KES KECOH DI KLIA – TIGA ISU SERIUS BERBEZA YANG RAKYAT TERLEPAS PANDANG

Keputusan ini mendedahkan betapa melesetnya sasaran ‘Raja Formula’ Pakatan Harapan dan kesahihan maklumat sumber risikan TTF berhubung prestasi Barisan Nasional.

Untuk Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan, sumber risikan yang sama menyasarkan bahawa Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan mencatatkan perosotan mendadak dalam jumlah perolehan kerusi di keenam-enam negeri, dan Barisan Nasional mungkin hilang lebih dua per tiga daripada kerusi yang dipegangnya kini.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh TTF seawal 10 April 2023, 95 peratus daripada 5, 438 undi terkumpul tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam tinjauan terkini yang dimulakan pada 10.30 malam semalam (dan masih terbuka sehingga 10.30 malam Khamis), 92 peratus undi terkumpul setakat ini memihak kepada kemenangan Perikatan Nasional di sekurang-kurangnya lima negeri pada PRN yang akan datang.

Pola pengundian pada PRU15 yang sering diungkit-ungkit oleh pemimpin Pakatan Harapan tidak mungkin diguna pakai untuk meramalkan keputusan PRN yang akan datang.

Ini disebabkan:

Loading...

1.     PENYOKONG PAKATAN HARAPAN DIKHIANATI OLEH ANWAR 

Mereka yang mengundi Pakatan Harapan berbuat demikian dalam keadaan gabungan itu menyelar pemimpin UMNO sebagai Kleptokrat dan berjanji untuk tidak bekerjasama dengan pemimpin sedemikian selepas PRU15.

Namun, selepas PRU15, bukan hanya label “Kleptokrat” digugurkan, presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri meskipun beliau berdepan 47 pertuduhan jenayah dan terbukti secara hitam putih terlibat dalam skandal LCS.

Ini sudah pasti memarahkan sebahagian besar penyokong Pakatan Harapan yang rasa tertipu setelah lebih dua dekad mereka dijanjikan kerajaan yang bersih dari gejala Kleptokrasi dan rasuah yang diamalkan UMNO.

2.     PENYOKONG BARISAN NASIONAL DIKHIANATI OLEH ZAHID 

Mereka yang mengundi Barisan Nasional berbuat demikian dalam keadaan UMNO menyelar pemimpin DAP sebagai anti-Melayu dan Zahid bersumpah atas nama Allah bahawa beliau tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Sudah pasti pengundi Melayu-Islam tidak lagi boleh terima Barisan Nasional di bawah kepimpinan Zahid, lebih-lebih lagi apabila Barisan Nasional dan Pakatan Harapan kantoi menipu kononnya “kerajaan perpaduan BN-PH” didirikan atas ‘titah’ Yang Di-Pertuan Agong terbongkar.

Kini, ramai sudah sedar bahawa Zahid dan Anwar dari awal lagi merancang untuk bekerjasama tanpa pengetahuan akar umbi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, dan mereka menjaja segala apa yang boleh dijaja, termasuk nama Yang Di-Pertuan Agong, untuk menghalalkan kerjasama itu.

Hakikatnya, Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri atas tipu muslihat Zahid, di mana Zahid menipu dalam warkah rahisanya kepada Yang Di-Pertuan Agong kononnya kesemua 30 ahli parlimen Barisan Nasional menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

3.     HAMPIR SEMUA JANJI PAKATAN HARAPAN TIDAK DITEPATI

Berdasarkan tinjauan, ramai penyokong Pakatan Harapan meluat dengan kegagalan Anwar menunaikan hampir kesemua janji pilihan Raya, termasuk janji untuk tidak melakukan lantikan politik, janji untuk menurunkan harga minyak, janji untuk memulihkan ekonomi dan menurunkan kos sara hidup, janji untuk tidak memegang portfolio menteri kewangan dan janji untuk tidak melibatkan ahli keluarga dalam kerajaan (atau melawan nepotisme), antara lain.

Mereka juga meluat dengan kegagalan Anwar menekan agar Zahid disiasat atas penglibatannya dalam skandal LCS, sepertimana yang dijanjikan oleh Anwar sendiri dan beberapa pemimpin PKR yang kini menjawat jawatan menteri dalam kerajaan pimpinan Anwar.

4.     TANDA-TANDA JELAS GELOMBANG PENYATUAN MELAYU-ISLAM YANG LUARBIASA BESAR

Antaranya:

a.  Perhimpunan jentera sukarelawan pemuda (bawah umur 30 tahun) Perikatan Nasional Kedah yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah mencatatkan kehadiran lebih daripada 100 ribu pemuda Melayu-Islam.

b.  Jika diambil kira jentera sukarelawan dari kalangan mereka yang berumur 31 tahun ke atas, tidak mustahil angka ini mencecah 300 ribu, hampir 20 kali ganda jumlah yang menghadiri rumah terbuka PMX di Kedah.

c.  Di Selangor, rumah terbuka anjuran Perikatan Nasional mencatatkan kehadiran hampir empat kali ganda jumlah yang menghadiri rumah terbuka PMX, walaupun PMX mempelawa selebriti terkenal seperti Siti Norhaliza dan Amy Search.

d.  Begitu juga, rumah-rumah terbuka anjuran Perikatan Nasional di bahagian-bahagian DUN Pulau Pinang mencatatkan kehadiran luar biasa walaupun kawasan itu dianggap kawasan kuat Pakatan Harapan.

e.  Pilihan Raya kecil kawasan parlimen Padang Serai yang diadakan tidak lama selepas PRU15 membuktikan kewujudan gelombang penyatuan Melayu-Islam menentang kerjasama PH-BN, apabila Perikatan Nasional berjaya merampas kerusi itu dengan majoriti dua kali ganda majoriti yang diperolehi Pakatan Harapan pada PRU14.

#PRN #PMX #Anwar #Zahid #PerikatanNasional



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...