Suhu politik meningkat, kemarahan terhadap pentadbiran Muhyiddin memuncak

Isu yang menjadi perhatian umum ialah “Total Lockdown” yang diumumkan oleh kerajaan yang bukannya “Total Lockdown” dalam ertikata sebenar, malah lebih longgar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama. Sumber (gambar): Fail TTF

سوهو ڤوليتيك منيڠكت، كمارهن ترهادڤ ڤينتادبيران محي الدين ممونچق

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Dari kekeliruan mengenai SOP Covid-19 dan temujanji vaksin ke aduan mengenai pakej bantuan yang tidak mencukupi dan kewujudan politik darjat dalam penguatkuasaan SOP, pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dikecam ramai sebab gagal dalam hampir segala aspek tadbir urus.

Reaksi terhadap kegagalan ini di media sosial amat ketara. Bahkan, sudah berlaku tunjuk perasaan anti-kerajaan dalam pada wabak Covid-19 menggila, dan ada juga petisyen-petisyen online yang meminta agar Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan.

Ketegangan (antara Azmin dan Ismail) Saya difahamkan, terdapat rasa tidak puas hati di kalangan beberapa menteri UMNO, termasuk ismail Sabri, yang sebelum ini memberi lebih keutamaan kepada Muhyiddin berbanding kepimpinan UMNO dalam hal-hal melibatkan tadbir urus negara.

Menteri-menteri ini berpendapat bahawa Muhyiddin terlalu terikat kepada Azmin dan kerap tunduk pada kehendak Azmin biarpun melibatkan sesuatu yang tidak dipersetujui oleh menteri kanan lain.


PETALING JAYA: Dari kekeliruan mengenai SOP Covid-19 dan temujanji vaksin ke aduan mengenai pakej bantuan yang tidak mencukupi dan kewujudan politik darjat dalam penguatkuasaan SOP, pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dikecam ramai sebab gagal dalam hampir segala aspek tadbir urus.

Reaksi terhadap kegagalan ini di media sosial amat ketara. Bahkan, sudah berlaku tunjuk perasaan anti-kerajaan dalam pada wabak Covid-19 menggila, dan ada juga petisyen online yang meminta agar Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan.




Petisyen tersebut sudah mengumpulkan lebih 150,000 tandatangan, dan kini sudah ada petisyen yang mendesak agar Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut meletakkan jawatan.

Keadaan sudah semakin genting.

Dan di tengah-tengah perselisihan dan percakaran di kalangan pegawai tertinggi kerajaan, Azmin menjadi tumpuan kerana membenarkan seratus ribu lebih perniagaan beroperasi biarpun diisytiharkan “Total Lokcdown.”

Rabu lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – yang mengetuai usaha untuk membendung jangkitan Covid-19 – membuat kenyataan mencurigakan di media sosial yang berbunyi; “Saya menutup pintu depan, tapi …”

Sumber mendedahkan, kedua-dua Azmin dan Ismail serta beberapa menteri lain bertengkar dalam mesyuarat kabinet, dan Ismail telah mendalamkan persepsi bahawa Azmin mempunyai pengaruh teramat besar dalam kerajaan, termasuk  ke atas Majlis Keselamatan Nasional (NSC) yang memuktamadkan peraturan untuk memerangi wabak Covid-19.

Jumaat lalu, TTF menulis:

Ketegangan (antara Azmin dan Ismail) Saya difahamkan, terdapat rasa tidak puas hati di kalangan beberapa menteri UMNO, termasuk ismail Sabri, yang sebelum ini memberi lebih keutamaan kepada Muhyiddin berbanding kepimpinan UMNO dalam hal-hal melibatkan tadbir urus negara.

Loading...

Menteri-menteri ini berpendapat bahawa Muhyiddin terlalu terikat kepada Azmin dan kerap tunduk pada kehendak Azmin biarpun melibatkan sesuatu yang tidak dipersetujui oleh menteri kanan lain.

Rasa tidak puas hati ini turut membabitkan beberapa menteri PPBM yang kecewa apabila MITI tiba-tiba dibenarkan untuk meluluskan operasi syarikat yang mungkin telah dihalang operasinya oleh kementerian lain.

 sudah bermula sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lagi dan memuncak apabila Muhyiddin memutuskan pada saat terakhir untuk membenarkan MITI memberi pengecualian kepada mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh “total lockdown.”

Keesokkan harinya, TTF menulis:

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dilihat cuba mempertahankan tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan 128,150 syarikat beroperasi dalam tempoh “Total Lockdown.”

Menurut menterinya, Datuk Seri M Saravanan, pihaknya berkuasa mengambil tindakan terhadap kilang atau majikan yang gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Malangnya, Saravanan tidak memahami sebab sebenar kelulusan yang diberikan oleh MITI menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dan beberapa menteri kerajaan.

Hakikatnya, isu yang menjadi perhatian umum ialah “Total Lockdown” yang diumumkan oleh kerajaan yang bukannya “Total Lockdown” dalam ertikata sebenar, malah lebih longgar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

RJ RITHAUDEEN

Diubahsuai daripada laporan asal TTF dan laporan The Straits Times

WAJIB BACA: 

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...