
“Pada 28hb Febuari 2019, tatkala pengundi di Semenyih berdebar-debar menunggu hari pilihanraya bagi menentukan siapakah yang bakal mewakili mereka di arena kerajaan negeri Selangor, Lim Kit Siang menuduh puak pembangkang menabur fitnah kononnya DAP menguasai kerajaan pusat.
“Justeru itu, di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengulangi, bahawa bukan hanya DAP anti-Islam, anti-Melayu dan menguasai kerajaan persekutuan, saya sanggup berdebat dengan Lim Kit Siang secara live di RTM mahupun TV3 bagi membuktikan bahawa apa yang saya katakan itu benar dan bukannya fintah semata-mata.
“Saya turut ingin menasihati Lim supaya jangan membuang masa menuding jari terhadap mereka yang benar-benar memperjuangkan Islam, kebenaran dan keadilan.
“Sebaliknya, beliau harus menasihati anaknya sendiri supaya berhenti menipu dalam semua hal yang bersangkut-paut ekonomi dan kepimpinan negara, termasuk peranan beliau dalam skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang saya kira lebih dasyat dari mana-mana skandal yang pernah tercatat dalam sejarah tanahair kita ini”
RJ Rithaudeen
