Sudah berlaku campurtangan politik, Ismail Sabri, Zahid wajib bercuti jika RCI ditubuhkan

“Tindakan Zahid mempengerusikan mesyuarat UMNO yang meminta kerajaan untuk tubuhkan RCI dan tindakan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri menghadiri mesyuarat tersebut dan bersetuju dalam mesyuarat yang sama (sebelum kabinet dirasmikan) untuk memenuhi permintaan UMNO sudah diselubungi bayangan campurtangan politik dan konflik kepentingan, termasuk kepentingan Ismail Sabri sendiri dalam UMNO”

Raggie Jessy Rithaudeen

سوده برلاكو چمڤورتاڠن ڤوليتيك، اسماعيل صبري، زاهيد واجب برچوتي جك رچي دتوبوهكن

Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Mula-mula, tubuh RCI untuk siasat campurtangan politik dalam institusi peguam negara, kemudian, tangguh kes mahkamah sehingga RCI selesai.”

“Sudah jelas kenapa kluster mahkamah mahu jatuhkan kerajaan Muhyiddin.”




“Nampak gayanya Ismail Sabri ni boneka Zahid.”

Ini bukannya kenyataan-kenyataan saya, tetapi tanggapan umum yang disampaikan oleh orang awam kepada saya ketika saya menegur mereka secara rawak untuk mendapatkan maklumbalas.

Daripada 20 yang ditanya, kesemuanya memberi jawapan yang seakan-akan sama.

Saya tidak salahkan mereka, kerana kenyataan terkini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sememangnya pelik, tidak bertempat dan menimbulkan syak bahawa wujud perancangan teliti untuk menangguh kes-kes mahkamah melibatkan mereka yang didakwa di mahkamah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Kenyataan yang dimaksudkan dibuat Sabtu lalu, di mana Zahid mengesahkan bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bahawa permintaan UMNO untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan yang dilakukan oleh Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi peguam negara, kehakiman dan keselamatan sudah dipersetujui oleh Ismail Sabri.

Kenyataan ini pelik sebab:

1. Zahid bercakap bagi pihak Ismail Sabri yang belum membuat sebarang kenyataan rasmi

Loading...

2. Ismail Sabri merupakan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO dan Zahid merupakan ‘bos’ Ismail Sabri dalam UMNO.

3. Ismail Sabri bersetuju dalam mesyuarat MKT untuk meminta kerajaan pimpinannya sendiri menubuhkan RCI.

4. Pada ketika mesyuarat itu berlangsung, kabinet Ismail Sabri belum lagi ditubuhkan secara rasmi.

Ini bermakna,

5. Ismail Sabri selaku ‘ketua’ kerajaan telah bersetuju dengan permintaan ‘ketua’ partinya agar kerajaan pimpinannya sendiri menubuhkan RCI

6. Persetujuan itu dibuat di luar kerajaan sebelum Ismail Sabri sempat berunding dengan barisan Jemaah Menterinya terlebih dahulu.

Nampak?

Bukan hanya tindak-tanduk Ismail Sabri tidak masuk akal, ianya menimbulkan syak bahawa kluster mahkamah bersetuju untuk menggulingkan Tan Sri Muhyiddin Yassin semata-mata kerana ingin mencalonkan boneka mereka sendiri sebagai Perdana Menteri.

Memandangkan Zahid berdepan dengan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta dan 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, timbul juga syak bahawa Zahid memiliki kepentingan peribadi apabila meminta RCI ditubuhkan.

Ini kerana RCI yang diminta mampu digunakan oleh kluster mahkamah untuk menangguhkan keputusan kes-kes mahkamah mereka andai kata mereka berjaya meyakinkan mahkamah bahawa keputusan RCI penting bagi membuktikan berlaku campurtangan politik dalam kes-kes mereka.

Berdasarkan hujah-hujah ini, permintaan MKT UMNO untuk tubuhkan RCI sudah diselubungi bayangan campurtangan politik dan konflik kepentingan, termasuk kepentingan Ismail Sabri sendiri dalam UMNO.

Atas dasar inilah UMNO perlu mendesak Zahid untuk samada bercuti atau letak jawatan sebagai presiden parti, dan atas dasar yang sama Ismail Sabri harus bercuti sekiranya RCI yang diminta oleh UMNO menjadi realiti.

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...