SPRM sahkan tiada bukti PN terima duit judi – mana pergi ‘dokumen bukti’ Anwar?

“Adakah SPRM menyiasat dakwaan Anwar, dan benarkah dokumen itu wujud?”

Raggie Jessy Rithaudeen

سڤرم سهكن تياد بوقتي ڤن تريما دويت جودي – مان ڤرڬي ءدوكومن بوقتيء انور؟

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Barangkali disebabkan satu dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan kajian terhadap kemungkinan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun, SPRM dikatakan gagal menemui sebarang bukti dan tidak membuka sebarang fail siasatan setakat ini.




Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

TONTON: UMNO SELURUH NEGARA MAKIN BERGOLAK, MKT MULA BERTELINGKAH ISU SOKONG DAP, ISU NAJIB

Menurut Azalina, SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat yang diterima, namun maklumat itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.

Perkembangan ini menimbulkan tanda tanya dari mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat maklumat PN mungkin memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

5 Disember tahun lalu, Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri, Anwar dilaporkan berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

Loading...

Keesokkan harinya, Anwar mendakwa memiliki dokumen yang mengaitkan Perikatan Nasional (PN) dengan dana syarikat judi (rujuk: https://malaysiadateline.com/dana-judi-jangan-gopoh-saya-ada-dokumen-kata-anwar/)

“Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan.

Persoalannya, di manakah dokumen itu?

Adakah SPRM menyiasat dakwaan Anwar, dan benarkah dokumen itu wujud?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...