
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
سوكوڠن ڤريكتن ناسيونل سچارا برشرط كڤد اسماعيل صبري بوليه دتولق
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Notis yang dikeluarkan oleh SPEAKER Dewan Rakyat bertarikh 17.08.2021 di atas TITAH KeBawah Duli YDP AGONG kepada setiap 220 Ahli Dewan Rakyat di mukasurat 1, Perenggan 4(c) berbunyi :
“4. Walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format tertentu, namun ianya perlu mempunyai butiran-butiran berikut :
a. xxx
b. xxx
c. Pernyataan kepercayaan yang terang, jelas dan “TANPA SYARAT”;
d. xxx
e. xxx, dan
f. xxx”
(Link Laporan : https://www.parlimen.gov.my/…/SINAR%2018.8%206-0001.jpg)
2. Dalam pelbagai laporan media berhubung anggaran dan pengiraan sokongan yang diberikan kepada para calon Perdana Menteri itu, MALAYSIAKINI 19.08.2021 bertajuk ” ‘Sokongan PN kepada Ismail Sabri bersyarat’ ” melaporkan berhubung sokongan seramai 50 orang Ahli Dewan Rakyat dari gabungan PN bahawa:
“Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan yang diberikan gabungan itu kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri baru adalah bersyarat.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini Muhyddin berkata jika mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri nanti, naib presiden Umno itu mesti memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.
“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya.”
3. Tanpa mengambilkira bentuk dan sifat ‘”SYARAT” yang dikenakan oleh PN samada ianya SYARAT yang sihat ataupun tidak, adalah dengan JELAS tanpa kesangsian merupakan satu SOKONGAN BERSYARAT yang menyalahi dan memungkiri kandungan mukasurat 1, perenggan 4(c) NOTIS 18.08.2021 yang dikeluarkan menurut TITAH KeBawah Duli YDP AGONG.
4. Ianya kini adalah BUDIBICARA MUTLAK KeBawah Duli YDP AGONG untuk menentukan samada Baginda Tuanku akan MENOLAK kesemua 50 SOKONGAN BERSYARAT Ahli Dewan Rakyat PN, mahupun mana-mana SOKONGAN BERSYARAT yang dimajukan oleh mana-mana Ahli Dewan Rakyat lain kepada mana-mana Calon yang sama ataupun yang lain.
5. Hatta, kesemua JUMLAH SOKONGAN yang digembar-gemburkan dan diwar-warkan mahupun yang diraikan sebagai kemenangan pra-matang oleh mana-mana pihak hendaklah tertakluk kepada KEPUTUSAN MUKTAMAD KeBawah Duli YDP AGONG sepertimana yang Baginda Tuanku merasai suai manafaat untuk umumkan dan diisytiharkan, kelak.
6. Begitu juga sekiranya ada mana-mana penolakan pencalonan yang menyebabkan ketiadaan mana-mana Calon yang memperolehi JUMLAH MAJORITI sebanyak 111 yang diperlukan, ataupun ketiadaan mana-mana JUMLAH MAJORITI lebih KUKUH yang diperlukan di atas BUDIBICARA MUTLAK Baginda Tuanku, maka Baginda Tuanku berhak membuat apa-apa KEPUTUSAN WAJAR berkaitan bentuk dan cara BADAN yang akan tadbir urus negara, jikapun tanpa mana-mana bentuk Kerajaan biasa dalam pengalaman Rakyat negara sebelum ini yang pada kebiasaannya kononnya mempunyai seorang Perdana Menteri dan sejumlah Ahli Jemaah Menteri !
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
WAJIB BACA:
