Sokongan majoriti Anwar datang dari ahli-ahli parlimen ‘ghaib’?

Anwar dipercayai membuat kejutan palsu berhubung sokongan ahli parlimen terhadapnya. Sumber (gambar): Fail TTF

سوكوڠن ماجوريتي انور داتڠ دري اهلي-اهلي ڤرليمين ءغائبء؟

Kerelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditolak terus oleh kepimpinan DAP.

Ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Anwar gagal menunjukkan bukti sokongan tersebut kepada rakan-rakan sekutunya sendiri selain menggambarkan perkara itu ada “dibincangkan”.

TTF sebelum ini mengesahkan Anwar tidak memiliki sokongan majoriti malah sokongan itu kini milik gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama seorang lagi tokoh politik negara.

Perkara ini turut disahkan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mendakwa jumlah ahli parlimen yang benar-benar menyokong Anwar tidak melebihi 91 orang.


PETALING JAYA: Kerelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditolak terus oleh kepimpinan DAP.

Di Kota Kinabalu, sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri Sabah masih berjalan, Lim Guan Eng selaku setiausaha agung DAP berkata tidak masuk akal DAP bekerjasama dengan UMNO di bawah Najib atau Zahid sedangkan DAP menentang UMNO di Sabah.




“Kita lawan Umno dan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin kerana kita tak boleh terima dasar memecahbelahkan rakyat

“Saya nak tegaskan di sini bahawa DAP tidak akan kerjasama dgn Umno di bawah pimpinan Zahid (Hamidi) dan di bawah pimpinan Najib (Razak). Sama sekali tidak,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Anwar mengisytiharkan memiliki sokongan majoriti ahli parlimen yang didakwanya menghampiri jumlah dua per tiga.

Anehnya, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Anwar gagal menunjukkan bukti sokongan tersebut kepada rakan-rakan sekutunya sendiri selain menggambarkan perkara itu ada “dibincangkan”.

TTF sebelum ini mengesahkan Anwar tidak memiliki sokongan majoriti malah sokongan itu kini milik gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama seorang lagi tokoh politik negara.

Perkara ini turut disahkan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mendakwa jumlah ahli parlimen yang benar-benar menyokong Anwar tidak melebihi 91 orang.

Anwar dipercayai membuat kejutan palsu berhubung sokongan ahli parlimen terhadapnya atas dua sebab:

Loading...

1. Untuk memperdaya ahli-ahli parlimen yang masih tidak menyokongnya untuk beralih sokongan terhadapnya agar mereka “tidak terpinggir,” dan

2. Untuk menggunakan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah (seandainya WARISAN Plus berjaya membentuk kerajaan) sebagai ‘bukti’ rakyat Malaysia inginkannya menjadi Perdana Menteri.

Malangnya, keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah yang menyaksikan PKR hampir hangus membuktikan rakyat tidak menyokong perjuangan Anwar dan tidak inginkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Kesemua ini menunjukkan, sekiranya benar Anwar memiliki sokongan majoriti, sokongan itu datangnya dari ahli-ahli parlimen ‘ghaib’ yang mungkin wakil rakyat dari alam lain.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...