Slogan ‘Malaysian Malaysia’ bercanggah Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Melayu-Islam, keengganan DAP gugurkan cadangkan wujud agenda tersirat

“Agenda Malaysian Malaysia turut tidak mengiktiraf tempat orang Melayu-Islam dalam sejarah dari sudut pemilikan, penubuhan dan pembangunan Tanah Melayu, dan hakikat bahawa semua kaun selain pribumi Melayu pada asalnya merupakan pendatang dan diberi kebenaran untuk menjadi warganegara di Tanah Melayu berpandukan kepada syarat-syarat yang dipersetujui bersama”

Raggie Jessy Rithaudeen

سلوڬن ‘مليسين مليسيا’ برچڠڬه ڤرلمبهڬان ڤرسكوتوان دان ڤرينسيڤ ملايو-اسلام، كاڠڬانن دڤ ڬوڬركن چادڠكن وجود اڬيندا ترسيرت

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan sebagai berkata, DAP sudah berubah kerana parti itu terbuka dan menerima cita rasa serta haluan UMNO yang mendukung perjuangan orang Melayu.

Menurut Saarani, titik perubahan DAP itu bermula sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan, dengan menyatakan persetujuan mereka tidak mengungkit soal hak-hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.




Namun, hari ini, DAP secara terbuka menolak cadangan pemimpin Umno dan MCA untuk menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” yang disifatkan sebagai batu penghalang dalam meraih sokongan orang Melayu kepada gabungan yang membentuk kerajaan persekutuan.

TONTON: ANDA TAK PERLU HIRAU LARANGAN 3R YANG DIWAR-WARKAN KERAJAAN, INI PENJELASANNYA

Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, semua parti sudah mencapai persefahaman untuk tidak menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing sebelum membentuk kerjasama.

Menurut Loke lagi, perkara itu dipersetujui Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jadi bagaimanakah UMNO boleh mendakwa DAP sudah berubah, sedangkan parti komponen Pakatan Harapan itu enggan menggugurkan slogan yang UMNO sendiri iktiraf setelah mendakwa slogan itu memiliki “agenda negara sekular yang bercanggah prinsip Islam dan Melayu?”

Sepintas lalu, konsep “Malaysian Malaysia” bercanggah dengan prinsip dan peruntukan asas Perlembagaan Persekutuan kerana dipacu dengan keinginan memberi hak sama rata kepada semua individu yang bergelar warganegara Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

Ini tidak mungkin dilaksanakan, melainkan Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja untuk:

1.     Melucutkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

Loading...

2.     Melucutkan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain

Konsep Malaysian Malaysia juga tidak jelas pendiriannya berhubung hak-hak dan kedaulatan raja-raja, kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Kalau diikutkan tindak tanduk pemimpin DAP yang secara konsisten memarakkan hasutan bersifat anti-Melayu dan anti-Islam (termasuk di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim), adalah dikhuatiri bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan beransur-ansur digugurkan.

Ungkapan “Malaysian Malaysia” pada asalnya digunakan pada pertengahan 1960-an sebagai moto perhimpunan Konvensyen Solidariti Malaysia, sebuah gabungan parti politik yang diketuai oleh Lee Kuan Yew (Singapura) dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berkhidmat sebagai blok Pembangkang kepada Kerajaan Malaysia, Parti Perikatan.

Lee percaya bahawa kuota khas yang diperuntukkan kepada orang Melayu berkaitan lesen dan penciptaan ‘kelas kapitalis Melayu’ sahaja hanya akan memberi manfaat kepada golongan bangsawan daripada keluarga Melayu elit, termasuk kerabat diraja.

Ini menimbulkan syak bahawa konsep Malaysian Malaysia akan beransur-ansur menjurus kepada terlucutnya hak-hak dan kedaulatan raja-raja sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Republik, seperti juga Singapura yang kini dikawal oleh parti PAP yang mula-mula memarakkan slogan “Malaysian Malaysia.”

Agenda Malaysian Malaysia turut tidak dilihat mengiktiraf tempat istimewa orang Melayu-Islam dalam sejarah, baik dari sudut pemilikan dan penubuhan mahupun pembangunan Tanah Melayu.

Selain itu, agenda ini tidak mengiktiraf kenyataan bahawa semua kaun selain pribumi Melayu pada asalnya merupakan pendatang dan diberi kebenaran untuk menjadi warganegara di Tanah Melayu berpandukan kepada syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

Syarat-syarat ini terkandung dalam perkara-perkara yang menjadi asas kepada beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya, peruntukan membabitkan kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak, hak-hak dan kedaulatan raja-raja serta kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Persoalannya, jika DAP benar-benar mengiktiraf kesemua peruntukan ini,  kenapa susah sangat nak gugurkan slogan “Malaysian Malaysia?

TONTON: ANDA TAK PERLU HIRAU LARANGAN 3R YANG DIWAR-WARKAN KERAJAAN, INI PENJELASANNYA

#Anawar #PMX #Zahid #MalaysianMalaysia #PRK #Pulai



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...