Skandal tanah warisan: Mantan Pengerusi Lembaga Getah dedah campur tangan menteri (Khairuddin) – Dokumen disertakan

Skandal pertama yang didakwa membabitkan Lembaga Getah Malaysia melibatkan tanah Lot No 200013 (lot lama No 76) seksyen 88, Jalan Ampang. Sumber (gambar): Fail TTF

سكندل ڤاجكن تانه واريثن: منتن ڤڠروسي لمباڬ ڬيته دده چمڤور تاڠن منتري

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Susulan penularan dokumen berhubung dua skandal tanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM), mantan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Datuk Ahmad Mazlan Idris, mededahkan unsur campur tangan melibatkan menteri berkaitan, Khairuddin at-Takiri.

Dalam satu kenyataan, Nazlan mengaku berlaku kegagalan tadbir urus melibatkan Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC) yang didakwa meluluskan pajakan tanah lot 200013 pada tujuh puluh sen sekaki dengan tempoh pajakan dan harga yang tidak masuk akal.

“Isu sewaan tanah RM70 sen sekaki, LGM hanya setuju 5 tahun campur 10 tahun, namun menteri mahukan 5 + 10 + 10 menjadikannya 25 tahun.

“Hasil yang boleh diperolehi oleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion jika diuruskan dengan cara yang lebih baik berbanding dengan hasil sewaan 42 juta kepada syarikat milik rakyat Turki,” katanya.

Menurut Nazlan, tiga jawatankuasa ditubuhkan dan tindakan serta langkah penambahbakan telah dibuat oleh LGM, namun menteri (Khairuddin) telah campur tangan dan membiakan LGMPC (running as usual).

TTF: Documen disertakan di hujung bawah sepertimana yang diterbitkan oleh SEDAR Malaysia


Susulan penularan dokumen berhubung dua skandal tanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM), mantan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Datuk Ahmad Mazlan Idris, mededahkan unsur campur tangan melibatkan menteri berkaitan, Khairuddin at-Takiri.

Dalam satu kenyataan, Nazlan mengaku berlaku kegagalan tadbir urus melibatkan Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC) yang didakwa meluluskan pajakan tanah lot 200013 pada tujuh puluh sen sekaki dengan tempoh pajakan dan harga yang tidak masuk akal.




Nazlan mengesahkan pajakan tersebut dan campur tangan menteri dan mengakui bahawa hasil pajakan ini hanya RM42 juta, walhal, dalam tempoh yang sama, tanah itu boleh memberi hasil melebihi RM1 billion.

“Isu sewaan tanah RM70 sen sekaki, LGM hanya setuju 5 tahun campur 10 tahun, namun menteri mahukan 5 + 10 + 10 menjadikannya 25 tahun.

“Hasil yang boleh diperolehi oleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion jika diuruskan dengan cara yang lebih baik berbanding dengan hasil sewaan 42 juta kepada syarikat milik rakyat Turki,” katanya.

Menurut Nazlan, tiga jawatankuasa ditubuhkan dan tindakan serta langkah penambahbakan telah dibuat oleh LGM, namun menteri (Khairuddin) telah campur tangan dan membiakan LGMPC (running as usual).

Skandal pertama yang didakwa membabitkan Lembaga Getah Malaysia melibatkan tanah Lot No 200013 (lot lama No 76) seksyen 88, Jalan Ampang.

Menurut maklumat, lot ini telah diputuskan untuk dipajak selama 15+10 tahun kepada Al-Noor Foundation dengan harga pajakan tidak masuk akal sebanyak RM0.70 sekaki, walhal, harga pasaran ialah dalam lingkungan RM2.50 sekaki.

SEDAR Malaysia sebelum ini mendedahkan surat jawapan Menteri bertarikh 18 Disember 2020 (hujung bawah) yang sehingga ini tidak disangkal keasliannya oleh Khairuddin.

Loading...

Skandal kedua pula melibatkan tanah milik Lembaga Getah Malaysia di Lot bernombor 20012 dengan Nombor Geran 79145 juga di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar. Tanah ini juga dikatakan berstatus tanah warisan.

SEDAR Malaysia menulis:

1. Betul atau tidak Al-Noor Foundation yang menaja lawatan YB ke Turkey yang menyebabkan YB kena kecam pasal tidak kuarantin?

2. Apa hubungan YB dengan Al-Noor Foundation sehingga benarkan Al-Noor Foundation membayar harga pajakan yang tidak masuk akal dan merugikan Lembaga Getah Malaysia?

3. Adakah betul dakwaan YB kutip duit komisen dari pajakan yang tidak masuk akal ini?

Pada 11/03/21 YB hantar lagi surat untuk tindakan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia. Surat itu YB panjangkan dengan surat dari Eurowhite Sdn. Bhd, yang membawa satu cadangan membeli tanah itu dengan harga begitu murah. RM1032.92 sekaki sedangkan harga pasaran dalam RM1400 sekaki. Soalan kami,

1. Kenapa YB suruh Ketua Pengarah untuk ambil tindakan susulan dengan tawaran yang tidak masuk akal itu?

2. Apakah benar apa yang desas-desus YB mahu ambil komisen sebanyak RM50 juta jika tanah itu berjaya dijual?

Kami berharap YB memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang kami ajukan ini. Kerana dari dokumen yang kami terima, kami yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang sedang berlaku. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini kami mendengar ura-ura beberapa YB PAS terlibat dalam beberapa percubaan merompak aset negara demi mengumpul dana untuk menguasai pemilihan PAS dan ini sangat menakutkan.

RJ RITHAUDEEN

WAJIB BACA: 

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...