سكندل لچس: موك نجيب، زاهيد، هشام الدين ‘هياسي’ سيڤندوق ڤروتس تونتوت ڤنجلسن دانا رم6 بيلياون
Sepanduk Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi ‘tema’ pada perhimpunan di Pusat Beli Belah Sogo di Kuala Lumpur, hari ini.
Perhimpunan itu bagi membantah projek kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan penyaluran dana RM6 bilion kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) oleh Kerajaan Malaysia.
“Skandal LCS bukan isu Lembah Klang saja. Berapa banyak jambatan, berapa banyak jalan boleh dibina di Sabah dengan RM6 bilion?
“Hari ini saya terbang dari Sabah untuk sertai himpunan ini, untuk mendesak jawapan daripada kerajaan dalam hal keselamatan negara,” Pengerusi Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Sabah, Shahrizal Denci dilaporkan sebagai berkata.

Projek tersebut mula-mula mengundang perhatian selepas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menunjukkan ia berdepan banyak masalah.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Skandal LCS bukan isu Lembah Klang saja. Berapa banyak jambatan, berapa banyak jalan boleh dibina di Sabah dengan RM6 bilion?
“Hari ini saya terbang dari Sabah untuk sertai himpunan ini, untuk mendesak jawapan daripada kerajaan dalam hal keselamatan negara,” Pengerusi Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Sabah, Shahrizal Denci dilaporkan sebagai berkata.
BACA JUGA: CEO BNS SENDIRI MENGAKU
Menurut Malaysiakini, Naib Presiden PKR Nik Naz mi Nik Ahmad membangkitkan bagaimana RM6 bilion itu boleh digunakan untuk membantu ratusan sekolah miskin.
Dia berkata isu tersebut begitu dekat dengan ramai veteran tentera yang berdaftar sebagai pengundi di kawasannya – Parlimen Setiawangsa – kerana ia memberi kesan langsung kepada angkatan keselamatan negara.
Selain pemimpin Muda dan PH, Ketua Penerangan Bersatu Ashraf Mustaqim Badrul Munir dilaporkan turut menyertai himpunan dan menggesa kerajaan dipertanggungjawabkan atas dana awam yang telah dibelanjakan untuk projek itu.
Kira-kira 100 anggota keselamatan yang tidak beruniform dilihat berkawal tempat himpunan, menghalang sebarang percubaan peserta untuk bergerak ke jalan.
Penganjur mengisytiharkan himpunan tamat kira-kira pada pukul 3.15 petang tadi dengan para peserta mula beredar meninggalkan kawasan tersebut.
THE THIRD FORCE