Skandal 1MDB: Apandi Ali dipanggil beri keterangan kepada polis petang ini (Isnin)

PDRM akan merekod keterangan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 1 Ogos 2022 (Isnin) jam 2.30 petang. Sumber (gambar): TTF

سكندل 1مدب: اڤندي علي دڤڠڬيل بري كتراڠن ڤتڠ اين

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan dipanggil pada Isnin untuk dirakam keterangan berkaitan kes melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

PDRM pada Jumaat mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung laporan dibuat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap Apandi.


KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan dipanggil pada Isnin untuk dirakam keterangan berkaitan kes melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.




“PDRM akan merekod keterangan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 1 Ogos 2022 (Isnin) jam 2.30 petang.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.ne

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan,” katanya dalan kenyataan pada Ahad.

PDRM pada Jumaat mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung laporan dibuat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap Apandi.

Noorsiah berkata, Ahli Parlimen Klang tersebut telah membuat laporan pada 27 Julai lalu susulan tidak berpuas hati terhadap hasil siasatan kes 1MDB.

Media tempatan pada hari sama melaporkan, Charles Santiago telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Rabu untuk dirakam percakapan berhubung laporan yang dibuatnya itu.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...