Raggie Jessy Rtiahudeen
Satu sidang media akan diadakan pada pukul 5 petang hari ini, bersamaan 31hb Disember 2020, di lokasi yang akan disampaikan terus kepada pihak yang berkaitan.
Sidang media ini bertajuk “Tahap penipuan Najib isu RM2.6 bilion” dan akan menyentuh komen terkini Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang didakwa menerima RM100 juta dari Jho Low.
Sidang media ini adalah susulan kepada satu sidang media yang telah saya buat pada 24hb Jun 2018 di mana saya menyentuh perihal “Kertas Siasatan Terhadap Najib Razak” yang disediakan oleh mantan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, ketika beliau masih bergelar ‘penolong’ Pesuruhjaya SPRM.
Tujuan sidang media ini diadakan adalah bagi membongkarkan beberapa isu berhubung skandal ‘derma’ RM2.6 bilion, kenyataan Najib secara peribadi kepada saya dan perkara-perkara lain yang berbangkit.
Sidang ini turut akan disiarkan secara live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI).
Sekian, harap maklum
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
