SIDANG MEDIA: LAPORAN POLIS TERHADAP AMBANK DAN BEKAS PEGAWAINYA BERHUBUNG AKAUN BANK NAJIB

Raggie Jessy Rithaudeen

Gerakan Bangsa Nasional (GBN) akan membuat satu laporan polis terhadap AmBank dan bekas pegawainya, Joanna Yu Ging Ping, pada pukul 3 petang esok bersamaan hari Khamis, 1hb Ogos 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya.




Laporan tersebut akan disusuli satu sidang media pada pukul 4 petang di mana pihak media akan diberi maklumat terperinci secara bertulis dan lisan berkenaan tujuan laporan tersebut dibuat yang antara lain menyentuh perkara-perkara berikut:

1. Kemungkinan berlakunya konspirasi terus melibatkan pengurusan AmBank dan Joana dengan Jho Low dan orang yang dimandatkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menguruskan akaun bank beliau untuk memanipulasi akaun tersebut.

2. Kesalahan jenayah di bawah peruntukkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) yang dilakukan oleh Joanna dan (atau) AmBank dengan sengaja tanpa merujuk Najib ataupun orang yang dimandatkan Najib untuk menguruskan akaun bank beliau.

3. Kemungkinan Joanna disogok untuk melakukan penipuan terhadap Najib dan perlunya pihak berkuasa menggunakan segala bentuk undang-undang untuk memaksa pihak pengurusan AmBank mendedahkan kepada umum sebab sebenar Joanna dipecat.

Sepertimana sidang media terdahulu, segala apa maklumat yang bakal didedahkan sudahpun diserahkan kepada 30 pihak berasingan yang akan menyimpannya sebagai langkah berjaga-jaga.

Butiran lebih terperinci akan diberikan semasa sidang media yang turut akan berlangsung secara ‘live’ menerusi beberapa saluran Facebook.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi nombor telefon berikut:

Loading...

+6016-404 9082

Saya mengalu-alukan kehadiran wakil daripada media tempatan serta NGO-NGO dan blogger-blogger yang berminat dan dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Yang Benar,
RJ Rithaudeen



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...