SIDANG MEDIA ISU ‘RUMAH BANGLO ANWAR’, LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR, AHMAD FARHAN

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya telah dipanggil oleh pihak polis Bukit Aman untuk dirakam percakapan saya 10 pagi esok (1 Ogos 2023), bertempat di tingkat 2, Menara 2 Pejabat USJT, Bukit Aman.

Rakaman ini berkait dengan satu laporan polis yang dibuat terhadap saya, CheguBard dan Wan Saiful Wan Jan oleh setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan Fauzi, pada 13 Julai 2023.




Saya akan ditemani Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke Bukit Aman pagi esok.

Setelah selesai memberi keterangan, saya bersama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan mengadakan satu sidang media di perkarangan luar pintu masuk utama ke Menara 2 Bukit Aman, di sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Saya mengalu-alukan pihak media untuk membuat liputan penuh sidang media berkenaan, di mana saya turut akan memperincikan butiran penuh laporan balas yang akan saya buat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Farhan Fauzi kerana memfitnah saya menerusi laporan polis yang dibuat oleh Ahmad Farhan Fauzi.

Saya juga alu-alukan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang berminat untuk membuat liputan peribadi atau mendapat gambaran penuh secara terus.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya atau Khairuddin di 012-8312021

Sekian, Harap Maklum

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...