Siasat pertanyaan Zahid, dakwaan Tajuddin berhubung angka Covid-19, pembelian vaksin

Saya sarankan agar UMNO membuat laporan polis dan SPRM bagi menyiasat jika benar pentadbiran terdahulu memanipulasi angka harian kes Covid-19 berdasarkan persoalan yang ditimbulkan oleh Zahid. Sumber (gambar): Fail TTF

Pada 8hb April 2021, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa laporan kes harian Covid-19 pada ketika itu dilihat “mencanak-canak naiknya ibarat bedilan roket membelah angkasa.”

Perkara ini dilaporkan oleh media rasmi UMNO, yang memetik Zahid sebagai bertanya, apakah angka yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia benar dan sahih.

Pertanyaan-pertanyaan sebegini menimbulkan persepsi seolah-olah angka-angka harian kes Covid-19 dimanipulasi oleh pihak kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tujuan politik.

Persepsi ini amat berbahaya dan wajar disiasat memandangkan ianya diwar-warkan oleh presiden sebuah parti yang pada ketika ini menguasai pentadbiran persekutuan menerusi pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Dari mana datangnya data berkaitan statistik itu? Adakah data itu benar dan siapa yang mengesahkan angka kes itu benar? Benarkah atau tidak benar? Bukan apa rakyat begitu bimbang menyaksikan laporan harian COVID-19 yang meningkat secara tiba-tiba,” Zahid bertanya.

Katanya, Ramadan baru hari keenam maka jangan pula dikaitkan dengan bazar Ramadan atau terawih.

“Kita melihat kes sudah mencecah lebih 2,000 sehari. Adakah akan dibiarkan sehingga 5,000 hingga 6,000 kes sehari? Atau juga tiada kes tetapi diberitahu jumlahnya tinggi sekaligus menggusarkan orang ramai? Saya hanya bertanya dan tidak sesekali menuduh.

“Jika ia benar kerajaan wajar mengambil tindakan segera bagi menurunkan angka dan jika tidak benar perbuatan itu amat dikesali dan berdosa untuk seluruh rakyat.”

Pertanyaan-pertanyaan sebegini menimbulkan persepsi seolah-olah angka-angka harian kes Covid-19 dimanipulasi oleh pihak kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tujuan politik.

Persepsi ini amat berbahaya dan wajar disiasat memandangkan ianya diwar-warkan oleh presiden sebuah parti yang pada ketika ini menguasai pentadbiran persekutuan menerusi pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Saya sarankan agar UMNO membuat laporan polis dan SPRM bagi menyiasat jika benar pentadbiran terdahulu memanipulasi angka harian kes Covid-19 berdasarkan persoalan yang ditimbulkan oleh Zahid.

Loading...

Saya juga sarankan laporan-laporan dibuat atas dakwaan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa ada pihak meraih komisen RM500 juta menerusi pembelian vaksin Covid-19 bernilai RM5 bilion.

RJ RITHAUDEEN

WAJIB BACA:

Hanya satu sebab Muhyiddin sokong Ismail Sabri, itu pun dijangka tidak bertahan lama

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...