‘Siapa yang harus pikul tanggungjawab ringankan beban ‘mangsa’ kegagalan kerajaan kalau bukan kerajaan sendiri?’

ءسياڤا يڠ هاروس ڤيكول تڠڬوڠجواب ريڠنكن ببن ‘مڠسا’ كڬاڬالن كراجأن كالاو بوكن كراجأن سنديري؟ء

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO menggesa agar kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 wang pencarum menerusi program i-Citra, lebih-lebih lagi pada musim banjir.

Gesaan ini tidak dipersetujui oleh TTF, kerana kerajaan seharusnya menebus balik kegagalannya menangani wabak Covid-19 dan mengurus bantuan kecemasan pasca banjir dengan baik, menerusi penyaluran dana sekurang-kurangnya RM5,000 terus ke akaun peribadi mangsa.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, pengasas TTF Raggie Jessy Rithaudeen berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri didirikan atas dasar sogokkan kuasa dan kedudukan, melibatkan gerombolan ahli-ahli parlimen yang sama sejak Langkah Sheraton.

“Kemudaratan yang dibawa oleh gerombolan ini menerusi politik darjat dan kemaruk kuasa mereka telah memudaratkan negara, khususnya, perniagaan kecil dan sederhana.

“Perniagaan jenis ini dipaksa tutup menerusi pelaksanaan “Lockdown Separuh Masak,” yang terang-terang memberi kelonggaran kepada beratus ribu syarikat besar yang tidak melibatkan keperluan asas.

“Siapa yang harus memikul tanggungjawab meringankan beban ‘mangsa’ kegagalan kerajaan kalau bukan kerajaan sendiri?”


Ahli parlimen PKR Hassan Abdul Karim senada dengan kerajaan dalam mempertahankan keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tidak membenarkan pengeluaran lanjut menerusi program i-Citra.




Menurut Hassan, UMNO mahu “menghancurkan” KWSP ekoran desakan agar kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 wang caruman sekali lagi.

Katanya, dahulu pemimpin Umno juga yang “hampir memusnahkan” Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kakitangan awam apabila RM4 bilion lesap setelah dipinjamkan kepada 1MDB.

“Pemimpin Melayu jenis apa pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini?

“Dari presiden Umno hingga ke ketua pemudanya mahu memperjudikan wang pencen pekerja swasta dalam KWSP kononnya atas alasan hendak bantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

“Adakah pemimpin Umno sudah bangkrap idea,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO menggesa agar kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 wang pencarum menerusi program i-Citra, lebih-lebih lagi pada musim banjir.

Gesaan ini turut tidak dipersetujui oleh TTF, kerana kerajaan seharusnya menebus balik kegagalannya menangani wabak Covid-19 dan mengurus bantuan kecemasan pasca banjir dengan baik, menerusi penyaluran dana sekurang-kurangnya RM5,000 terus ke akaun peribadi mangsa.

Loading...

Dalam satu kenyataan, pengasas TTF, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri didirikan atas dasar sogokkan kuasa dan kedudukan, melibatkan gerombolan ahli-ahli parlimen yang sama sejak Langkah Sheraton.

“Kemudaratan yang dibawa oleh gerombolan ini menerusi politik darjat dan kemaruk kuasa mereka telah memudaratkan negara, khususnya, perniagaan kecil dan sederhana.

“Perniagaan jenis ini dipaksa tutup menerusi pelaksanaan “Lockdown Separuh Masak,” yang terang-terang memberi kelonggaran kepada beratus ribu syarikat besar yang tidak melibatkan keperluan asas.

“Siapa yang harus memikul tanggungjawab meringankan beban ‘mangsa’ kegagalan kerajaan kalau bukan kerajaan sendiri?

“Kesengsaraan rakyat ditambah lagi dengan bencana banjir dan kenaikan harga barang, dan kerajaan wajib bertanggungjawab dan menyalurkan dana sekurang-kurangnya RM5,000 secara terus ke akaun mangsa.”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...