Shahidan Kassim sendiri ‘hero luar’, tidak patut campuri isu Sg Baru

Kenyataan Rasmi Berhubung Keratan Akhbar Bernama Bertarikh 25 Jun 2022 Yang Bertajuk “Outside ‘heroes’ must stop interfering in Sg Baru, says Shahidan”

Khairuddin Abu Hassan

شهيدان كسسيم سنديري ءهيرو لوارء، تيدق ڤاتوت چمڤوري ايسو سڬ بارو

Saya hendak tanya Dato Seri Shahidan Kassim siapa sebenarnya ‘Hero Luar’ yang tidak sepatutnya campur tangan dalam isu Sg Baru?!




‘Hero Luar’ yang tidak harus campur tangan dalam kes Sg Baru sebenarnya adalah Dato Seri Shahidan Kassim itu sendiri!! Shahidan Kassim adalah Menteri Wilayah Persekutuan yang berasal dari negeri Perlis serta tidak bermaustatin di dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, Wilayah Persekutuan.

Saya adalah Ketua Negeri PEJUANG Wilayah Persekutuan yang bermaustatin dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, Wilayah Persekutuan.Sg Baru terletak dalam Parlimen Titiwangsa dan di bawah Wilayah Persekutuan.
Macamana Dato Seri Shahidan Kassim kata kami ‘Hero Luar’ dan jangan campur tangan dalam kes Sg Baru. Kenyataan Dato Seri Shahidan Kassim ini amat tidak cerdik langsung. Dia bercakap tak guna otak tetapi hanya ikut hatinya saja.

Kalau saya yang diamanahkan oleh parti PEJUANG Tanahair sebagai Ketua Negeri PEJUANG Wilayah Persekutuan tidak buat kerja untuk membela nasib warga Wilayah Persekutuan maka kepada siapa lagi penduduk serta pemilik Sg Baru hendak bergantung harapan?

Hendak harap pada pemimpin-pemimpin UMNO yang dipertanggungjawabkan menjaga Wilayah Persekutuan seperti Dato Seri Shahidan Kassim pun hanya mempunyai agenda kepentingan diri semata-mata. Puak korup ini bukan berminat untuk membela nasib rakyat marhaen pun!!

Berbeza dengan pemimpin-pemimpin parti PEJUANG Tanahair amat komited dengan agenda membela rakyat serta melawan rasuah secara jujur dan ikhlas di negara kita. Kami mempunyai ‘track record’ yang baik dalam agenda melawan amalan rasuah serta salahguna kuasa berskala besar oleh pemimpin-pemimpin korup UMNO.

Hakikatnya, kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan yang menyatakan kononnya ‘Hero Luar’ jangan campur tangan dalam kes di Sg Baru merupakan kenyataan yang cukup bodoh dan amat dangkal.Sesungguhnya juga, pemimpin-pemimpin parti PEJUANG adalah rakyat Malaysia yang sah dan berhak campur tangan dalam apa-apa isu sekalipun di negara ini yang membabitkan kepentingan kesejahteraan rakyat marhaen.

Ramai daripada pemimpin-pemimpin UMNO seperti Dato Seri Shahidan Kassim tidak boleh diharap langsung. Tengok saja sikap Dato Seri Shahidan Kassim selaku Menteri Wilayah Persekutuan lebih utamakan menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO dari menjaga kebajikan penduduk Sg Baru.

Loading...

Di mana logiknya Dato Seri Shahidan Kassim boleh melantik dan mempertahankan seorang yang muflis dari kalangan pemimpin UMNO untuk menjawat jawatan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB). Pemimpin UMNO seperti Dato Seri Shahidan Kassim bukan tahu menghormati undang-undang pun. Status Dato Affendi Zahari yang muflis mana boleh masih dipertahankan sebagai Pengerusi PKB kerana ianya bercanggah dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

Yang lebih menghairankan kita adalah pemimpin-pemimpin UMNO ini adalah berbangsa Melayu tetapi tidak serius menangani permasalahan penduduk Sg Baru khususnya bagi mencari jalan penyelesaian secara ‘menang menang’ demi kelangsungan kependudukan Melayu di kawasan bandar. Penduduk Sg Baru bukan anti pembangunan tetapi hanya menuntut hak mereka secara adil dan saksama semata-mata.

Pemimpin-pemimpin parti PEJUANG Tanahair khususnya PEJUANG Wilayah Persekutuan rasa terpanggil untuk membantu permasalahan penduduk Sg Baru tanpa sebarang agenda kepentingan politik. Sepertimana kenyataan di atas saya bukan orang luar kerana bermaustatin dalam kawasan Parlimen Titiwangsa di mana Sg Baru juga terletak dalam kawasan Parlimen yang sama.

PEJUANG Wilayah Persekutuan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...