
Khairuddin Abu Hassan
‘Blueprint’ NFC pada realitinya cukup baik dan penting kearah untuk memperkasakan agenda ‘food security’ negara.
Saya pernah mengkaji pelan pelaksanaan NFC yang realitinya amat baik sekiranya program implimentasinya dijalankan secara professional mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Pentadbiran yang effektif akan menjayakan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar import daging halal secara berfasa.
Pada hemat peribadi saya permasalahan pentadbiran NFC bermula dari sikap kerajaan BN dahulu yang gagal untuk menepati beberapa fasa dalam surat perjanjian sebagai contoh kegagalan untuk membina pusat penyembelihan bercirikan ‘state-of-the-art’ kearah membolehkan proses penyembelihan secara berskala besar serta pantas setiap hari.
Namun, ini bukanlah masa untuk kita menuding jari kepada sesiapa pun.
Demi kepentingan untuk negara dan umat Islam khususnya di tanahair kita; pihak kerajaan harus memperkasakan kembali NFC bukan saja untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan tetapi juga mempunyai potensi bagi menjadikan malaysia sebagai ‘hub’ pengeksportan daging halal ke seluruh dunia.
Sekiranya NFC diperkasakan semula serta membuat beberapa perubahan bagi memantapkan lagi pelan pelaksanaannya maka tidak mustahil satu hari nanti negara kita akan menjadi pusat eksport daging halal yang terpenting di rantau ini.
Tambahan pula, logo halal JAKIM diiktiraf di seluruh dunia boleh mengatasi permasalahan ‘was-was’ terhadap kualiti penyembelihan dari negara Malaysia.
Sebenarnya, kita mempunyai pakej terbaik dalam industri ini kerana mempunyai cukup tenaga kerja penyembelihan, logo halal JAKIM yang diiktiraf serta mempunyai infrastruktur dan tanah yang luas.
Malahan, negeri sabah dan sarawak yang mempunyai tanah yang luas serta tidak tertakluk pada sejarah ‘penyakit mulut dan kuku’ cukup ideal dijadikan tapak baru bagi memperkasakan semula NFC.
Hakikatnya, pentadbiran lama NFC menghadapi pelbagai bentuk kengkangan sokongan kerajaan pada waktu itu yang gagal untuk melancarkan agenda bagi mengembangkan lagi industri ternakan lembu tempatan.
Dengan menghadapi kemelut daging import haram masakini; sudah tiba masanya pihak kerajaan harus membaik pulih perancangan untuk membina semula NFC dengan versi mahupun ‘branding’ baharu.
Sebagai hakikatnya juga, pentadbiran lama telah meletakkan asas yang baik untuk kita melonjakkan semula industri ternakan lembu kearah mengeluarkan daging halal mahupun susu lembu yang mencukupi khususnya buat permintaan tempatan.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
