Setiausaha politik Maszlee Malik buat laporan polis terhadap Presiden Gerakan

Laporan dibuat oleh Mahmmod Kassim, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atas perbuatan Dominic memfitnah serta menyebarkan persepsi negatif terhadap Maszlee dan pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Sumber (gambar): The Star Online

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Dr Dominic Lau kerana memfitnah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang kononnya akan membawa masuk guru dari Arab Saudi untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah negara ini.

Laporan dibuat oleh Mahmmod Kassim, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atas perbuatan Dominic memfitnah serta menyebarkan persepsi negatif terhadap Maszlee dan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, memfitnah dengan kesalahan fakta dan penyebaran persepsi negatif sedemikian boleh mengganggu-gugat hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi dan membantutkan proses silang pendidikan serta kemajuan negara.


KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Dr Dominic Lau kerana memfitnah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang kononnya akan membawa masuk guru dari Arab Saudi untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah negara ini.

Laporan dibuat oleh Mahmmod Kassim, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atas perbuatan Dominic memfitnah serta menyebarkan persepsi negatif terhadap Maszlee dan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).




“Guru-guru dari Arab Saudi sebenarnya akan dihantar ke Malaysia untuk belajar daripada sistem pendidikan negara ini di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Mereka akan didedahkan dengan metode pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka bukan diupah untuk mengajar murid-murid di negara kita,” kata Mahmmod dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, memfitnah dengan kesalahan fakta dan penyebaran persepsi negatif sedemikian boleh mengganggu-gugat hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi dan membantutkan proses silang pendidikan serta kemajuan negara.

Kementerian Pendidikan memaklumkan persetujuan itu dicapai melalui pertemuan Maszlee bersama Menteri Pendidikan Arab Saudi, Dr Hamad Mohammed Al Shaikh, di mana guru-guru subjek berkenaan dihantar ke Malaysia bagi mendapatkan pengalaman di sini. 

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...