“…serangan bertubi-tubi terhadap Sanusi, Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tonton juga penjelasan penuh DI SINI (KLIK DI SINI)“
Raggie Jessy Rithaudeen
سراڠن ترهادڤ سنوسي، تون م، محي الدين ڤرچوبأن تردسق ڤه-بن بوات ڤڠوندي لوڤا ڤلنتيكن زاهيد، سكندل لچس
对萨努西、敦马、慕尤丁的袭击 PH-BN 拼命试图让选民忘记扎希德的任命和 LCS 丑闻
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.
Menurut Berita Harian, Anwar menegaskan sekiranya pemimpin itu gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasatnya.
“Tiga kali saya tegaskan, termasuk malam ini (malam tadi), kamu mesti pulangkan balik wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat.
“Jika tidak, saya akan minta pihak berkuasa menyiasat, termasuk pergi ke rumah dia, pergi ke pejabat dia, semak akaun dia,” katanya.
Sudah sekian lama Anwar memberi amaran berkenaan, dan agak pelik bila beliau berbuat demikian atas sebab-sebab berikut:
1. Untuk Anwar berkali-kali memberi amaran kepada seorang pemimpin yang tidak dinamakan yang didakwa mencuri harta rakyat, sudah tentu Anwar memiliki maklumat atau bukti tertentu.
2. Jika Anwar sudah lama memiliki maklumat atau bukti berkenaan, kenapa belum diserahkan maklumat atau bukti ini kepada pihak berkuasa?
3. Bukankah tindakan menyelindungi maklumat atau bukti berkenaan jenayah kecurian harta rakyat daripada pihak berkuasa dengan sendirinya satu kesalahan jenayah?
4. Anwar menimbulkan persepsi seolah-olah beliau sedia ‘memaafkan’ pemimpin yang dikatakan mencuri harta itu sekiranya pemimpin berkenaan ‘memulangkan’ harta yang kononnya dicuri?
5. Persoalanya, adakah Anwar berkuasa melindungi seorang penjenayah daripada didakwa di mahkamah sekiranya penjenayah itu memulangkan harta yang kononnya ‘dicuri’ itu?
6. Kenapa tidak berterus-terang dan namakan sahaja pemimpin politik yang dimaksudkan?
7. Kalau sudah sampai tahap menahan Menteri Besar Kedah hanya beberapa jam sebelum sebutan kes di mahkamah, kenapa Anwar teragak-agak memulakan tindakan terhadap seorang pemimpin yang Anwar sendiri dakwa ‘mencuri harta rakyat’?
Kesemua ini mirip putar belit Anwar berhubung isu dana judi.
5 Disember lalu, Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.
“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.
“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.
Keesokkan hari, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Pas akan mengambil tindakan terhadap Anwar ekoran dakwaan itu.
Anwar membalas kenyataan Takiyuddin dengan berkata, “Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya.”
Cuba fikir, jika benar Anwar memiliki dokumen bukti, sudah pasti pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menggunakan bukti itu untuk mendakwa kepimpinan PN di mahkamah dan memohon membekukan akaun berkaitan.
Namun, pada 25 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan bahawa SPRM gagal menemui sebarang bukti dan tidak membuka sebarang fail siasatan setakat ini.
Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan Anwar mendedahkan lima bulan lalu bahawa beliau memiliki ‘dokuman’ bukti?
Jika benar kenyataan Anwar berasas dan berpandukan ‘dokumen bukti’, kenapa pihak SPRM gagal menemui sebarang bukti setakat ini?
Nyata sekali Anwar memutar belit isu ‘dana judi’, sama seperti beliau memutar belit isu ‘’kecurian harta rakyat” dan ‘kekayaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga’ sehingga mengundang saman fitnah RM15o juta daripada Mahathir (RUJUK LINK DI BAWAH UNTUK PENDEDAHAN PENUH)
TONTON: TANDA-TANDA JELAS ANWAR MAKIN TERDESAK, TIDAK TENTU ARAH SELEPAS TUN M SAMAN FITNAH RM150 JUTA
Saya percaya, serangan bertubi-tubi terhadap Sanusi, Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Hakikatnya, Anwar tidak mungkin dapat menjelaskan kepada pengundi rasional di sebalik pelantikan Zahid dan keputusan Pakatan Harapan bekerjasama dengan kepimpinan UMNO yang sebelum ini dilabel sebagai penyangak, pencuri dan Kleptokrat, antara lain.
Pada hemat saya, lebih elok jika Anwar menumpu kepada memberi penjelasan berkenaan perkara di bawah ini daripada membuat tuduhan-tuduhan palsu atau tidak berasas:
1. Penjualan rumah di Segambut dan pembelian rumah di Sungai Long, Kajang atas tanah pajakan 10 tahun milik seorang Cina pada harga yang tidak masuk akal
TONTON: PENDEDAHAN PENUH : Perkara ganjil tentang Anwar dan pentadbirannya, wajib disiasat segera
2. Penglibatan dan peranan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam skandal LCS sepertimana yang diakui oleh Anwar sendiri, dibuktikan secara hitam putih oleh Rafizi Ramli dan diakui oleh Anthony Loke dan Fahmi Fadzil.
3. Kenyataan Anwar bahawa tiada menteri dalam Kabinetnya terpalit rasuah, memberi isyarat seolah-olah kes jenayah membabitkan Zahid Hamidi akan digugurkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
#PMX #Anwar #PRN #PerikatanNasional #Mahathir #Muhyiddin #SkandalLCS
