Raggie Jessy Rithaudeen
Saya terbaca satu laporan berita yang memetik Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, sebagai berkata pihak polis sedang cuba menentukan di mana presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada pada 2hb Oktober 2018.
Ini susulan daripada satu laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu penyelidik Anwar, Muhammed Yusoff Rawther, di mana beliau mendakwa dirinya diperlakukan secara tidak senonoh oleh presiden PKR tersebut di kediaman beliau (Anwar) di Bukit Segambut.
Dakwaan tersebut dibuat menerusi satu Surat Akuan Bersumpah bertarikh 19hb Oktober 2019, di mana Yusoff mendakwa dirinya diserang secara seksual dan fizikal oleh Anwar yang turut cuba meliwatnya secara paksa.
Menurut Yusoff, kejadian berlaku di sekitar pukul 3 petang pada 2hb Oktober 2018. Setelah merujuk kepada jadual pergerakan Anwar pada tarih berkenaan dan sepertimana yang telah saya dedahkan sebelum ini, saya mendapati bahawa perkara berikut adalah benar setakat mana ianya berada di bawah pengetahuan saya:
1. Pada 2hb Oktober 2018, di sebelah pagi, Anwar berada di Port Dickson bagi satu-satu acara “walkabout” pada hari tersebut yang saya dikhabarkan bermula pada pukul 9 pagi.
2. Selepas acara “walkabout” tersebut, beliau tidak ada apa-apa acara yang dijadualkan di Port Dickson sehinggalah pukul 9 malam.
3. Justeru, Anwar dijangka telah bergerak balik ke Kuala Lumpur, di mana pada sebelah petang, beliau menghadiri satu Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 yang bermula pada pukul 6.30.
4. Penglibatan Anwar di kempen Pilihan Raya Port Dickson dan kehadirannya ke acara Ulang Tahun Kelahiran tersebut disahkan sendiri oleh beliau pada 5hb Disember 2019.
BACA KENYATAAN ANWAR DI SINI
5. Kehadiran beliau ke acara Ulang Tahun itu turut disahkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh beliau sendiri ke akaun Twitter miliknya pada 2hb Oktober 2018.
Rujuk: https://twitter.com/anwaribrahim/status/1047121649617649664?lang=en
6. Untuk makluman, masa yang diperlukan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson dianggarkan tidak lebih dari 1 jam 20 minit.
7. Dengan mengambil kira anggaran ini dan semua maklumat lain yang tertera di atas, Anwar dijangka berada di Kuala Lumpur dari lewat pagi hinggalah ke pukul 7.30 malam pada 2hb Oktober 2018 sebelum bertolak kembali ke Port Dickson pada hari yang sama untuk menghadiri satu lagi acara pada pukul 9 malam.
8. Sehingga kini, Anwar tidak pernah memberitahu perihal penglibatannya dalam apa-apa acara ataupun aktiviti selain dari aktiviti melibatkan kempen Pilihan Raya di Port Dickson dan juga Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi di Kuala Lumpur.
9. Ini bermakna masa dan tarikh kejadian yang didakwa Yusoff Rawther adalah munasabah kerana ianya memberikan cukup masa untuk beliau bersama dengan Anwar.
10. Ini turut bermakna Anwar tidak boleh guna alasan bahawa dia sibuk dengan PRK dan Majlis Ulangtahun Kelahiran Gandhi sebagai alibi kerana alasan tersebut tidak membawa apa-apa makna melainkan beliau secara tiba-tiba memberikan maklumat baru yang belum pernah beliau dedahkan sebelum ini.
Maklumat ini diterbitkan tanpa prejudis dan dengan niat membantu pihak polis dalam siasatan kes serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff Rawther.
JADUAL PERGERAKAN ANWAR (2/10/2018):
