Serangan dron: Arab Saudi gantung pengeluaran minyak

Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser, berkata kerja sedang dijalankan untuk menyambung pengeluaran dan perkembangan lanjut akan diberikan dalam masa dua hari. Source (pic): The Atlantic

Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco yang diserang pemberontak Yaman, mengganggu kira-kira separuh penghasilan keseluruhan syarikat berkenaan, kata Menteri Tenaga negara tersebut, Putera Abdulaziz bin Salman semalam.

“Serangan itu mengakibatkan penggantungan pengeluaran 5.7 juta tong minyak mentah sehari,” kata Aramco dalam kenyataan berasingan.

Serangan dron pemberontak Houthi ke atas Abqaiq dan Khurais, dua kemudahan utama Aramco di timur Arab Saudi, adalah yang terbaharu dalam siri serangan ke atas loji minyak negara itu sejak beberapa bulan ini.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo, menyalahkan Iran di atas serangan itu.


RIYADH: Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco yang diserang pemberontak Yaman, mengganggu kira-kira separuh penghasilan keseluruhan syarikat berkenaan, kata Menteri Tenaga semalam.

Serangan menyebabkan penggantungan sementara pengeluaran di loji Abqaiq dan Khurais, kata Putera Abdulaziz bin Salman, dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA.




Ia membawa kepada gangguan kira-kira 50 peratus pengeluaran keseluruhan.

“Serangan itu mengakibatkan penggantungan pengeluaran 5.7 juta tong minyak mentah sehari,” kata Aramco dalam kenyataan berasingan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser, berkata kerja sedang dijalankan untuk menyambung pengeluaran dan perkembangan lanjut akan diberikan dalam masa dua hari.

Serangan dron pemberontak Houthi ke atas Abqaiq dan Khurais, dua kemudahan utama Aramco di timur Arab Saudi, adalah yang terbaharu dalam siri serangan ke atas loji minyak negara itu sejak beberapa bulan ini.

Naseer berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan berkenaan.

Pemberontak Houthi berkata, mereka melancarkan operasi berskala besar membabitkan 10 dron di kemudahan itu, lapor televisyen kumpulan itu, Al-Masirah.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo, menyalahkan Iran di atas serangan itu.

Loading...

“Iran kini melancarkan serangan tidak pernah dilakukan ke atas bekalan tenaga dunia,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...