Semua ‘jangkaan’ Ahmad Maslan ke laut sejak 2013 lagi

“…pandangan yang simplistik tanpa fakta dan statistik oleh Ahmad Maslan yang menyebabkan BN kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU-15)”

Raggie Jessy Rithaudeen

28 April 2013 –Datuk Ahmad Maslan (Ketua Penerangan Umno pada ketika itu) yakin bahawa Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan mudah.




Realiti: Pada PRU13, BN menang hanya 133 kerusi, kurang 15 kerusi daripada sasaran Ahmad Maslan agar BN boleh menang majoriti dua pertiga.

Keputusan ini merupakan penyusutan sebanyak tujuh kerusi berbanding Pilihan Raya Umum ke-12, di mana BN turut gagal mencapai majoriti dua pertiga.

9 November 2022 – Datuk Seri Ahmad Maslan (Setiausaha Agung Umno pada ketika itu) yakin bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang 112 daripada 178 kerusi Parlimen ditandingi di Semenanjung dan Sabah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sekaligus memberikan gabungan itu majoriti mudah.

Realiti: Pada PRU15, BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarah penubuhan gabungan itu dengan perolehan hanya 30 kerusi, 82 kerusi kurang berbanding sasaran Ahmad Maslan.

25 Jun 2023 – Datuk Seri Ahmad Maslan (kini sekadar ahli MKT) menyuarakan keyakinan bahawa kerajaan campuran yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan jatuh selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Realiti: ‘Jangkaan’ Ahmad Maslan meleset sejak 2013 dan tidak pernah kena pada sasaran.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menolak tanggapan Ahmad Maslan bahawa kedudukan UMNO tidak seteruk sekarang jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Loading...

TONTON: KEM BOSSKU SAH TOLAK ANWAR – DAP, KEMPEN PRN PH-BN DI SELANGOR TUNGGANG LANGGANG

Menurut Ismail Sabri, sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, beliau mendapat laporan daripada pelbagai agensi yang menunjukkan suasana pada ketika itu BN masih tidak mampu untuk menang.

Ismail Sabri menambah, pandangan yang simplistik tanpa fakta dan statistik oleh Ahmad Maslan yang menyebabkan BN kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU-15).

Maknanya, ‘keyakinan’ Ahmad Maslan tidak berasas.

Jadi, adakah kita boleh percaya ‘keyakinan’ Ahmad Maslan bahawa kerajaan campuran yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan jatuh selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri?

#PMX #Anwar #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...