Selepas kalah teruk di Melaka, PKR pertimbang minta semua guna logo PKR pada PRU15

Fahmi berkata, isu penggunaan logo calon bertanding sudah ditekankan sejak dari awal oleh pimpinan dan akar umbi PKR, sebelum PRN Melaka lagi. Summer (gambar): Fail TTF

سلڤس كاله تروق د ملاك، ڤقر ڤرتيمبڠ مينتا سموا ڬونا لوڬو ڤقر ڤد ڤرو15

Selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, PKR kembali mempertimbangkan penggunaan semula logo parti itu, menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, berkata Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat hari ini menyentuh berhubung keputusan PRN Melaka, termasuk penggunaan logo Pakatan Harapan (PH).

Pada PRN Melaka lalu, PKR tewas di semua 11 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Machap Jaya, Rembia, Kelebang, Paya Rumput, Asahan, Rim, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.

Pada PRU14 yang dijalankan pada 2018, logo PKR digunakan oleh semua komponen membentuk PH, membabitkan PKR, DAP, Amanah dan termasuk Bersatu.


PETALING JAYA: Selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, PKR kembali mempertimbangkan penggunaan semula logo parti itu, menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, berkata Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat hari ini menyentuh berhubung keputusan PRN Melaka, termasuk penggunaan logo Pakatan Harapan (PH).




“Dari dapatan awal pimpinan, SOP (prosedur operasi standard) dikenakan ke atas cara berkempen bagi PRN Melaka telah menyukarkan proses pengenalan calon-calon baharu serta logo yang berbeza dari yang dibawa pada pilihan raya umum ke-14.

“Namun, ke hadapan PKR berpandangan bahawa wujud kewajaran logo PKR digunakan semula. Perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut pada mesyuarat PH yang akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi berkata, isu penggunaan logo calon bertanding sudah ditekankan sejak dari awal oleh pimpinan dan akar umbi PKR, sebelum PRN Melaka lagi.

“Namun, oleh kerana PKR memahami sikap sahabat-sahabat dalam PH pada ketika itu, maka kami membuat keputusan bersetuju dengan penggunaan logo tersebut,” katanya.

Pada PRN Melaka lalu, PKR tewas di semua 11 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Machap Jaya, Rembia, Kelebang, Paya Rumput, Asahan, Rim, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.

Pada PRU14 yang dijalankan pada 2018, logo PKR digunakan oleh semua komponen membentuk PH, membabitkan PKR, DAP, Amanah dan termasuk Bersatu.

Penggunaan logo PKR sebagai mewakili PH itu dikatakan menyumbang kepada kemenangan pakatan itu sehingga tumbangnya Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pusat sejak lebih 60 tahun.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

100 HARI BERSAMA ISMAIL SABRI MASIH GAGAL

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...