Sekumpulan ahli parlimen UMNO rancang gabungan baharu tanpa Najib, Zahid (Pendedahan)

“Makin ramai ahli parlimen UMNO terlibat dalam usaha menubuhkan satu pergabungan politik baharu bersama Blok Kuasa Ketiga tanpa penglibatan Zahid, Najib atau Kluster Mahkamah”

Raggie Jessy Rithaudeen

سكومڤولن اهلي ڤرليمين امنو رانچڠ ڬابوڠن بهارو تنڤا نجيب، زاهيد

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Terdapat satu laporan yang mendakwa. berlaku satu perjumpaan rahsia melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa ahli parlimen, termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut laporan itu, Zahid dan Najib mencadangkan supaya Menteri dan Timbalan UMNO keluar daripada kerajaan PN, sementara MP UMNO yang memegang jawatan-jawatan lain dalam kerajaan juga perlu mengambil langkah sama.




Selain itu, Najib dan Zahid juga dikatakan meminta untuk bertemu secara perseorangan dengan setiap MP UMNO, namun cadangan tersebut ditolak.

Sebaliknya, MP UMNO yang hadir dikatakan telah meminta agar pertemuan yang dicadangkan diadakan dengan memanggil semua MP dan bukan pertemuan secara individu.

Di sini saya ingin mengetengahkan beberapa perkara buat tatapan ahli-ahli parlimen UMNO secara amnya:

1. Jika benar Zahid dan Najib inginkan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan, sudah pasti Zahid akan memanggil mesyuarat MKT dan membuat ketetapan rasmi berhubung perkara itu.

2. Tetapi Zahid tidak berbuat demikian.

3. Sebaliknya, Zahid berjumpa dengan beberapa ahli MKT secara rahsia untuk mendapatkan ‘sokongan’ bertulis daripada mereka berhubung perlunya UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan.

4. Ini menunjukkan Zahid tidak berani untuk membuat ketetapan rasmi menerusi mesyuarat MKT.

Loading...

5. Ini kerana, jika MKT membuat ketetapan rasmi bahawa UMNO perlu menarik sokongan terhadap kerajaan, ianya akan menjadi dasar parti dan wajib dituruti oleh semua ahli parlimen UMNO.

BACA JUGA: ORANG ZAHID TERDESAK MINTA KUASA

6. Zahid sebenarnya tahu ‘sokongan’ bertulis ahli-ahli MKT tidak membawa apa-apa makna selain menimbulkan persepsi kononnnya UMNO bertekad untuk menarik sokongan terhadap kerajaan.

7. Tetapi persepsi ini merupakan sebahagian daripada sandiwara Zahid dan Najib yang tidak ada niat langsung untuk meruntuhkan kerajaan buat ketika ini.

8. Menerusi ‘sokongan’ bertulis ahli-ahli MKT, Zahid dan Najib berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya bahawa mereka ada pengaruh besar dalam UMNO dan boleh ‘mengarahkan’ mana-mana ahli parlimen dari parti itu untuk menarik sokongan terhadap kerajaan pada bila-bila masa.

9. Untuk meningkatkan keyakinan Muhyiddin, Zahid dan Najib sedang cuba mempengaruhi ahli-ahli parlimen UMNO agar mereka bersetuju untuk keluar terus daripada kerajaan.

10. Zahid dan Najib sebenarnya tahu tindakan ‘keluar daripada kerajaan’ (atau melepaskan jawatan dalam kerajaan) tidak sama dengan tindakan ‘menarik sokongan terhadap kerajaan’.

11. Tetapi mereka tidak kisah, kerana niat mereka hanyalah untuk mengukuhkan persepsi bahawa mereka cukup berpengaruh dalam UMNO.

12. Dengan cara ini, Zahid dan Najib berharap Muhyiddin akan menjadi cemas dan percaya bahawa kerajaan akan jatuh pada bila-bila masa jika beliau tidak berunding dengan Zahid.

13. Saya difahamkan, Zahid berharap Muhyiddin akan bersetuju untuk melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya calon Perdana Menteri mewakili gandingan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bila parlimen dibubarkan.

14. Saya turut difahamkan, Zahid ingin parlimen dibubarkan secepat mungkin sebelum sebarang keputusan dicapai berhubung kes mahkamahnya.

15. Malangnya, Muhyiddin tidak sekali-kali akan berunding dengan Zahid atau mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Zahid, termasuk Najib.

16. Malah, Muhyiddin tidak akan memaafkan Najib atau tunduk pada kehendak Najib sampai bila-bila.

17. Ini kerana Najib memecat Muhyiddin dari UMNO dan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, sekaligus mencantas peluang Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri mewakili UMNO dan Barisan Nasional.

18. Jika ada tanda-tanda Darurat akan tamat dalam masa terdekat atau jika Darurat tidak dilanjutkan, Muhyiddin tidak keberatan berundur bagi membolehkan pembentukkan kerajaan baharu dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 atau Perdana Menteri Interim.

19. Muhyiddin tidak rugi apa-apa, kerana beliau sudahpun menjadi Perdana Menteri, peluang yang dirampas daripadanya oleh Najib pada tahun 2015 menerusi pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

20. Apa pun, makin ramai ahli parlimen UMNO sedar akan kebenaran ini dan terlibat dalam usaha menubuhkan satu pergabungan politik baharu bersama Blok Kuasa Ketiga tanpa penglibatan Zahid, Najib atau Kluster Mahkamah.

WAJIB BACA: 

‘Anak murid’ Anwar dah kena game, tak ada jalan keluar (Pendedahan Penuh)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...