Sebab sebenar Zahid terdesak pecat Shahidan Kassim (Pendedahan Penuh)

Selagi Darurat berkuatkuasa, Muhyiddin akan kekal sebagai Perdana Menteri dan akan cuba sedaya upaya untuk mencetuskan EGM agar penyingkiran Zahid dapat diusulkan dengan bantuan menteri-menteri UMNO yang menyebelahi Muhyiddin. Sumber (gambar): Fail TTF

“Dalam mesyuarat MKT esok, jangan harap Zahid akan bersetuju untuk menarik sokongan UMNO dari kerajaan berkuat kuasa serta merta melainkan beliau ditentang oleh orang-orangnya sendiri dan dipaksa mengumumkan pengunduran UMNO”

Raggie Jessy Rithaudeen

سبب سبنر زاهيد تردسق ڤچت شهيدان كسسيم

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ramai tertanya-tanya kenapa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat Datuk Seri Shahidan Kassim dari jawatan Pengerusi UMNO Perlis sehari sebelum mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertingi (MKT) UMNO.

Pada 30hb Mac 2020, saya menulis:




Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi diberi mandat untuk memutuskan bila UMNO akan keluar dari kerajaan bukan disebabkan akar umbi menaruh kepercayaan terhadapnya atau inginkannya kekal sebagai presiden UMNO.

Sebaliknya, mandat itu diberikan setelah Zahid terpaksa tunduk pada kehendak akar umbi dan perwakilan susulan perdebatan dan ucapan pedas oleh pelbagai pihak yang diselindungi dari media dan tidak disiarkan di portal rasmi UMNO.

Kemudian, setelah Zahid sendiri mula ‘menyerang’ PPBM dan PAS sambil memberi persepsi seolah-olah beliau mahukan UMNO menarik sokongannnya terhadap Perikatan Nasional serta merta, barulah beliau diberi mandat untuk memutuskan bila UMNO akan keluar dari kerajaan.

Memandangkan perhimpunan agung UMNO berakhir dan tiada ada lagi alasan atau jalan bagi Zahid untuk membeli lebih banyak masa, andai kata beliau tiba-tiba mengumumkan UMNO bersedia menunggu hingga Mei, Jun, Julai atau Ogos, sesuatu akan berlaku.

Desakan dalaman untuk Zahid meletakkan jawatan dan mengadakan pemilihan UMNO sebenarnya sudah bermula, dan jika desakan itu diketepikan, akan berlaku usaha untuk mengadakan EGM dalam masa terdekat.

BACA PEMBONGKARAN PENUH DI SINI

Sepuluh hari kemudian, saya menulis:

Kita sudah lihat bagaimana desakan ini sudah sampai ke tahap hampir menyeluruh.

Loading...

Kita dapat lihat bagaimana ianya melibatkan mereka yang tidak menyokong Anwar, PPBM, DAP dan kluster mahkamah, bukan hanya sekadar kumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan terbongkarnya klip perbualan Anwar dan Zahid, akar umbi UMNO dapat menilai sendiri kesahihan pendedahan saya berhubung penipuan Zahid terhadap para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO.

Sudah pasti perkara ini akan memarahkan lagi kepimpinan bahagian dan cawangan, termasuk 12-14 peratus yang masih lagi menyokong Zahid.

Pembongkaran klip Anwar-Zahid bukan hanya merugikan Zahid, ianya turut merugikan Najib, kerana akar umbi UMNO tahu Najib turut terlibat dengan Zahid dalam rundingan bersama dengan Anwar dan DAP.

Najib takut Zahid akan hilang kuasa jika berlaku EGM dan usul pelantikan presiden baharu dibentangkan.

Tanpa UMNO, kedua-dua Najib dan Zahid akan kehilangan platform untuk berunding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram mereka.

Pada awalnya, Zahid menjangkakan akar umbi UMNO dan pemimpin-pemimpin bahagian akan memberinya masa sekurang-kurangnya sebulan dua sebelum desakan agar UMNO berundur dari kerajaan memuncak.

Malangnya, tidak sampai seminggu selepas PAU, beberapa bahagian dan cawangan mula mengadakan mesyuarat tidak rasmi bagi membincangkan kemungkinan diadakan EGM bagi menyingkirkan Zahid dan menggantikannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Perbincangan ini sudahpun merebak ke seluruh negara dan turut melibatkan kumpulan-kumpulan veteran UMNO yang inginkan Zahid berundur dan UMNO dijenamakan semula.

Masalahnya, jika UMNO berundur dari blok kerajaan sekarang, Zahid dan Najib tidak mungkin boleh menggunakan UMNO sebagai platform untuk berunding dengan Muhyiddin.

Ini kerana selagi Darurat berkuatkuasa, Muhyiddin akan kekal sebagai Perdana Menteri dan akan cuba sedaya upaya untuk mencetuskan EGM agar penyingkiran Zahid dapat diusulkan dengan bantuan menteri-menteri UMNO yang menyebelahinya.

Pada masa yang sama, Muhyiddin akan cuba memasuki perjanjian dengan Mahathir dan bersetuju agar Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional tanpa penglibatan Kluster Mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga jika Yang Di-Pertuan Agong tiba-tiba bertindak menamatkan Darurat.

 RUJUK PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Jika Muhyiddin berjaya mencetuskan EGM sebelum Darurat tamat dan jika proksinya berjaya menggantikan Zahid sebagai presiden UMNO, Muhyiddin akan memastikan UMNO samada menyertai Perikatan Nasional atau bergabung terus dengan PPBM.

Sebaliknya, jika proksi Muhyiddin gagal menggantikan Zahid atau jika ada tanda-tanda Darurat akan tamat dalam masa terdekat, tidak mustahil Muhyiddin sendiri akan berundur bagi membolehkan pembentukkan kerajaan baharu dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 atau Perdana Menteri Interim (rujuk link pendedahan di atas).

Jadi, pandang kiri kanan, kemungkinan berlaku EGM amat tinggi. Malah, orang-orang Zahid sendiri dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO mula sangsi terhadap Zahid dan inginkan UMNO berundur dari blok kerajaan berkuat kuasa serta-merta.

Inilah yang menghantui Zahid. Beliau tetap berdegil bahawa Muhyiddin akan berunding dengannya dan ingin membeli masa tambahan agar UMNO boleh kekal dalam kerajaan buat sementara waktu.

Tetapi orang-orang Zahid dalam MKT khuatir bahawa langkah itu akan memarahkan lagi akar umbi dan majoriti pemimpin bahagian yang sudah pasti akan mencetuskan EGM bagi mengusulkan penyingkiran Zahid.

Justeru, untuk meyakinkan akar umbi UMNO, orang-orangnya sendiri dan kepimpinan bahagian bahawa beliau sedang berusaha ‘membersihkan’ UMNO dari gejala pro-Muhyiddin dan pro-PPBM, Zahid memecat Shahidan Kassim sebagai pengerusi UMNO Perlis.

Dengan cara ini, Zahid berharap dapat menenteramkan kepimpinan bahagian dan akar umbi UMNO agar beliau boleh membeli masa sebulan dua lagi atau sehingga parlimen dibubarkan sebelum memutuskan isu pengunduran UMNO.

Ya, dalam mesyuarat MKT esok, jangan harap Zahid akan bersetuju untuk menarik sokongan UMNO dari kerajaan berkuat kuasa serta merta melainkan beliau ditentang oleh orang-orangnya sendiri dan dipaksa mengumumkan pengunduran UMNO.

Dan jangan lupa, saya pernah mendedahkan bahawa Zahid akan menarik keputusan isu pengunduran UMNO dari blok kerajaan sehingga hujung bulan April dan akan terus cuba mencari jalan menarik keputusan itu sehingga parlimen dibubarkan.

#TamatDarurat

WAJIB BACA:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...