Sebab sebenar PAS melutut pada Zahid walaupun diperlaku seperti sampah di Sabah

“PAS memang ada hasrat untuk cuba mengembangkan sayapnya di Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi tidak cukup dana atau jentera untuk berbuat demikian kerana hubungan PAS dengan taikun-taikun Cina tidaklah seerat hubungan UMNO, MCA dan Muhyiddin dengan taikun-taikun berkenaan”

Raggie Jessy Rithaudeen

سبب سبنر ڤاس ملوتوت ڤد زاهيد والاوڤون دڤرلاكو سڤرتي سمڤه د سابه

Sepertimana yang saudara saudari sedia maklum, semalam, saya membongkarkan satu daripada tiga sebab Perikatan Nasional dan Barisan Nasional tidak menjemput PAS ketika majlis pengumuman calon kedua-dua gabungan itu di Sabah.

Pembongkaran itu dibuat menerusi satu sesi live di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI) dan juga menerusi sebuah terbitan (rujuk bawah) yang memperinci rancangan rahsia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menamakan Najib sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15.




PAS akhirnya terkena sumpitan UMNO di Sabah

Saya mengakhiri terbitan itu dengan menulis:

Tetapi Zahid terpaksa menunggu keputusan kehakiman kes SRC sebelum mencetuskan pengunduran UMNO dari kerajaan kerana takut kempen Pilihan Raya Barisan Nasional akan terganggu gugat sekiranya Najib dinamakan sebagai calon Perdana Menteri dan mahkamah mendapatinya bersalah ketika tempoh berkempen.

Kini, memandangkan mahkamah sudahpun menjatuhkan hukuman terhadap Najib, Zahid teragak-agak untuk mencetuskan pembubaran parlimen kerana sedia maklum bahawa Barisan Nasional tidak mungkin menang dan boleh tenggelam terus disebabkan undi Melayu-Islam berpecah teruk.

Yang pasti, Najib dan Zahid dari awal lagi memperbodohkan Hadi dan Takiyuddin kerana tidak pernah ada niat untuk mendaftarkan mana-mana gabungan baharu (Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional).

Ini lah sebabnya UMNO tidak pernah merujuk kepada PAS sebelum membuat sebarang keputusan penting melibatkan Perikatan Nasional, dan ini lah sebabnya Zahid naik berang apabila PAS bertindak mendaftarkan Perikatan Nasional bersama PPBM.

Loading...

Team A masih berpaut lagi kepada PAS kerana rancangan asal untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 “seawal mungkin” gagal sama sekali menyebabkan Najib dan Zahid perlu memastikan PAS atau Team B tidak beralih sokongan kepada Mahathir selagi parlimen masih belum dibubarkan.

Jadi jelaslah PAS dan PPBM hanya ditunggang oleh Najib dan Zahid sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, dan buktinya dapat kita lihat di Sabah di mana tiga perkara aneh berlaku semalam sepertimana yang saya jelaskan di bahagian awal terbitan ini.

Salah satu perkara aneh yang saya maksudkan ialah sikap UMNO yang memperlakukan PAS seperti sampah apabila gagal berunding dengan PAS terlebih dahulu sebelum mengumumkan senarai calon.

Lebih memalukan lagi, UMNO sama sekali tidak menjemput PAS ke majlis penamaan calon walaupun PAS merupakan ahli berdaftar Perikatan Nasional dan rakan Barisan Nasional menerusi Muafakat Nasional.

Ya, PAS diperlakukan seperti sampah, dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Nik Abduh Nik Aziz harus berhenti memetik dalil bagi ‘menyucikan’ UMNO semata-mata kerana ingin meredakan kemarahan pengundi PAS yang bengang dengan Hadi kerana melutut kepada Zahid.

Malah, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, sendiri menyuarakan rasa tidak puas hatinya secara terbuka apabila PAS tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Kenyataan Aminuddin memberi gambaran keputusan pencalonan diletakkan ke tangan UMNO (disebabkan faktor pendanaan) yang kemudian meminggirkan PAS malah tidak menjemput parti itu ke majlis pengumuman calon.

Perkara ini disahkan oleh sumber dalaman PAS yang berhubung rapat dengan Majlis Syura yang mengesahkan bahawa ramai di kalangan pemimpin dan akar umbi PAS pusat tidak berpuas hati dengan UMNO.

Sebelum itu, PAS, terang-terang menyuarakan hasratnya untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang Barisan Nasional yang sejajar dengan hasrat Team A UMNO dari awal lagi.

Hakikatnya, Hadi terpaksa menyelindungi tamparan hebat UMNO terhadap PAS daripada umum untuk mengelakkan akar umbi PAS daripada terus menyoal dan memperlekeh tindakan beliau melutut kepada Zahid biarpun Zahid memijak-mijak maruah PAS.

Hadi sebenarnya terjerat, kerana tahu, seandainya PAS berundur daripada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, partinya tidak mungkin akan dapat bertanding lebih banyak kerusi di Pilihan Raya Umum ke-15 kerana PAS berpaut pada kedua-dua Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Barisan Nasional untuk tujuan pendanaan.

Ya, PAS memang ada hasrat untuk cuba mengembangkan sayapnya di Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi tidak cukup dana atau jentera untuk berbuat demikian kerana hubungan PAS dengan taikun-taikun Cina tidaklah seerat hubungan UMNO, MCA dan Muhyiddin dengan taikun-taikun berkenaan.

Atas dasar inilah PAS sanggup dihina, dipijak dan diperlakukan seperti sampah di Sabah oleh UMNO, sekutu MCA, malah sanggup melutut pada Zahid apabila diberitahu PAS akan terpaksa menggunakan bendera Barisan Nasional.

Dan selagi PAS tidak terjaga dari mimpi dan terus tersasar hingga mula kemaruk wang, kuasa dan kedudukan seperti UMNO, parti itu akan sentiasa duduk di bawah tapak kaki Zahid dan mereka yang ‘sewaktu’ dengannya.

Bukankah ini yang saya beritahu selama ini?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...