Saya tidak percaya Kit Siang ada niat menghasut, tapi Kit Siang jangan pula putarbelit tujuan siasatan polis

“Tidak perlulah Lim menimbulkan persepsi palsu seolah-olah beliau sedang disiasat semata-mata kerana mempersoalkan samada Malaysia boleh belajar dari kemelut politik dan sosial yang melanda Sri Lanka”

Raggie Jessy Rithaudeen

ساي تيدق ڤرچاي كيت سياڠ اد نية مڠهاسوت، تاڤي كيت سياڠ تق ڤرلو ڤوتربليت توجوان سياستن ڤوليس

Saya tidak begitu gembira dengan siasatan terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, dan memahami dengan jelas konteks kenyataan yang dibuat beliau berhubung masa depan negara.

Namun, saya faham benar bahawa siasatan pihak polis adalah rutin dan menurut prosedur lazim memandangkan laporan telah dibuat terhadap terhadap satu kenyataan yang dimuat naik oleh Kit Siang di laman Twitter miliknya.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Dalam kenyataan itu, Kit Siang mempersoalkan samada Malaysia boleh belajar dari kemelut politik dan sosial yang melanda Sri Lanka.

TONTON: JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITEMPUHI NASIB SAMA SEPERTI FILIPINA

Kit Siang turut menambah, “Adakah mungkin rumah perdana menteri dan menteri-menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas?”

Pada tanggapan saya, kenyataan inilah yang menjadi masalah sebenar dan menjurus kepada siasatan pihak polis terhadap beliau di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

Hakikatnya, pihak polis tidak pernah menuduh Lim menghasut rakyat Malaysia untuk membakar rumah perdana menteri dan menteri-menteri di Malaysia.

Sebaliknya, pihak polis sedang menyiasat niat sebenar Lim mengeluarkan kata-kata sedemikian agar pihak penyiasat dapat mengenalpasti sekiranya beliau dengan sengaja ‘menanam idea’ bahawa rakyat Malaysia boleh membakar rumah menteri dan menteri-menteri di masa depan.

Ini tidak salah dan bertepatan dengan protokol Polis Diraja Malaysia, lebih-lebih lagi setelah menerima laporan yang mencadangkan bahawa ada pihak terganggu dengan kenyataan Lim dan berpendapat ianya menghasut.

Kini, Lim perlu buktikan bahawa niat sebenar beliau mengeluarkan kenyataan itu adalah untuk menimbulkan persoalan berhubung masa depan negara secara ikhlas dan bukannya secara menghasut.

Loading...

Jadi tidak perlulah Lim menimbulkan persepsi palsu seolah-olah beliau sedang disiasat semata-mata kerana mempersoalkan samada Malaysia boleh belajar dari kemelut politik dan sosial yang melanda Sri Lanka.

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...