‘Saya tidak akan beri kerjasama selagi Apandi jadi pengerusi’ – Tun Mahathir

Mahathir berkata, kerajaan dan Sultan Johor boleh menyalahkan sesiapa dan bebas memberi pendapat. Sumber (gambar): TTF

ءساي تيدق اكن بري كرجاسام سلاڬي اڤندي جادي ڤڠروسيء – تون محضير

Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras tidak akan bekerjasama dalam siasatan menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selagi Tan Sri Mohamed Apandi Ali kekal sebagai pengerusi pasukan petugas khas berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau hanya sedia menjawab segala persoalan sekiranya Apandi ditukar dan pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentingan dibawa masuk dalam siasatan.

“Hari ini ada inkuiri berkait siasatan pasukan berkenaan dan saya dipanggil ke Jabatan Peguam Negara, sebaik tiba seorang pegawai di sini memaklumkan kepada saya Apandi masih pengerusi, jadi saya beritahu tidak akan beri kerjasama.

“Ini kerana dia (Apandi) tidak sepatutnya jadi pengerusi tapi sebagai saksi, sudah beberapa kali surat ditulis meminta supaya pengerusi diganti, tapi tiada jawapan, ini mengarut.

“Saya tidak kisah siapa yang patut dilantik, tapi mesti tidak wujud konflik kepentingan, seorang yang tidak berpihak harus dilantik.”


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras tidak akan bekerjasama dalam siasatan menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selagi Tan Sri Mohamed Apandi Ali kekal sebagai pengerusi pasukan petugas khas berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau hanya sedia menjawab segala persoalan sekiranya Apandi ditukar dan pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentingan dibawa masuk dalam siasatan.




“Hari ini ada inkuiri berkait siasatan pasukan berkenaan dan saya dipanggil ke Jabatan Peguam Negara, sebaik tiba seorang pegawai di sini memaklumkan kepada saya Apandi masih pengerusi, jadi saya beritahu tidak akan beri kerjasama.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Ini kerana dia (Apandi) tidak sepatutnya jadi pengerusi tapi sebagai saksi, sudah beberapa kali surat ditulis meminta supaya pengerusi diganti, tapi tiada jawapan, ini mengarut.

“Saya tidak kisah siapa yang patut dilantik, tapi mesti tidak wujud konflik kepentingan, seorang yang tidak berpihak harus dilantik.

“Saya akan kerjasama dan beri semua maklumat, ceritakan yang benar.. kalau nak adil mesti ada pihak ketiga yang berkecuali yang terbabit sekali dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian di pekarangan luar Jabatan Peguam Negara selepas diminta hadir pihak terbabit hari ini.

Ditanya mengenai reaksi kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh, Dr Mahathir berkata, kerajaan dan Sultan Johor boleh menyalahkan sesiapa dan bebas memberi pendapat.

“Dia (Sultan) nak salahkan siapa pun dia bukan hakim, dia Sultan yang boleh bagi pendapatnya.

Loading...

“Di negara kita ini Sultan bebas, di atas undang-undang, jadi dia boleh kata apa pun, saya tidak boleh jawab, tapi saya nak tahu kenapa dia jual 1,370 hektar tanah kepada China.

“Ini nak jual Bandar Maharani kepada Singapura.. isu ini lebih besar dari seketul batu (Pulau Batu Puteh), kalau begini nanti tiada lagi Johor,” katanya.

Pada 16 Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang mengingatkan kerajaan Persekutuan supaya menghormati perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan 1957, menegaskan baginda kecewa dengan keputusan membatalkan rayuan tuntutan Batu Puteh pada 2018.

Titah Sultan Ibrahim lagi, Johor langsung tidak dirujuk sedangkan keputusan berkenaan membabitkan tanah dan kedaulatan negeri ini, sekali gus baginda mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar kuasa negeri.

Dr Mahathir dalam satu kongres baru-baru ini dilapor berkata, bukan hanya Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh harus dikembalikan, sebaliknya mencadang supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura.

Bagaimanapun, beliau pada Khamis lalu menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak Malaysia menuntut semula Singapura dan Kepulauan Riau, malah menyifatkan laporan mengenainya yang disiarkan media sebagai tidak tepat.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, kenyataan dibuat beliau ketika berucap dalam sebuah kongres bertujuan menyatakan kebimbangan rakyat mengenai pengambilan wilayah itu yang saiznya lebih besar berbanding Pulau Batu Puteh.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...