
ءساي تق تريما ڤنجلسن إدريس هارونء – محضير
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak menerima penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berhubung langkah penyelesaian di luar mahkamah kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
“Ya, saya terima surat daripada dia (Idrus Harun). Biasanya surat itu rahsia. Saya tak boleh cakap, sepatutnya dia bagi tau kepada orang ramai.
“Saya tak terima dia punya penjelasan. Baik Peguam Negara sekarang, Apandi pun saya tak terima,” katanya.
Mahathir turut kekal dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak seharusnya membayar pampasan kepada Apandi, kerana tindakan yang dikenakan terhadapnya adalah betul dan menurut “Rule of Law.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak menerima penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berhubung langkah penyelesaian di luar mahkamah kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Menurut laporan, Mahathir berkata, penjelasan Idrus hanya melalui surat kepadanya tidak dapat mengelak kegusaran awam mengenai perkara itu.
“Ya, saya terima surat daripada dia (Idrus Harun). Biasanya surat itu rahsia. Saya tak boleh cakap, sepatutnya dia bagi tau kepada orang ramai.
“Saya tak terima dia punya penjelasan. Baik Peguam Negara sekarang, Apandi pun saya tak terima,” katanya.
TONTON: RAKYAT BERHAK TAHU CERITA SEBENAR
Menurut Mahathir, perkara itu seharusnya turut dibawa ke mahkamah bagi membolehkan masyarakat awam menilai pihak mana yang bersalah.
“Sepatutnya pergi ke mahkamah, tengok betul ke tidak tuduhan kononnya kita buang secara tidak mengikut undang-undang atau pun peraturan.
“Sebab sebelum ini kita kerap kali buang pegawai (kerajaan) yang tidak jalankan tugas dengan baik, kita memang keluarkan daripada kerajaan,” katanya.
Mahathir menambah, antara tindakan yang pernah diambil termasuk memberi cuti, menempatkan pegawai secara sementara di jabatan lain sebelum menamatkan perkhidmatannya.
“Tindakan seperti itu bukan baharu dan untuk Apandi sahaja, malah orang lain pun kena, tetapi orang lain tak ada buat tuntutan.
“Malah, kita nampak dia berat sebelah sebagai Peguam Negara, sepatutnya dia tak boleh memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.
Mahathir turut kekal dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak seharusnya membayar pampasan kepada Apandi, kerana tindakan yang dikenakan terhadapnya adalah betul dan menurut “Rule of Law.”
THE THIRD FORCE
WAJIB TONTON:
