Saya percaya ada ‘tangan ghaib’ ambil kesempatan dalam pada Peguam Negara bercuti untuk lepaskan Zahid secara tidak berperlembagaan

Saya percaya ada tangan ghaib ambil kesempatan dalam pada Peguam Negara bercuti untuk menjayakan pelepasan Zahid dengan cara yang mungkin melangkaui batasan perundangan dan Perlembagaan Persekutuan. Adakah tangan ghaib ini tangan Zahid Hamidi sendiri?

Raggie Jessy Rithaudeen

Pada 5 September 2023, saya menulis:

1. Tindakan Pejabat Peguam Negara meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan daripada 47 pertuduhan jenayah di peringkat akhir pembelaan cukup luar tabii, janggal dan pelik.




2. Mahkamah sudah pun memutuskan bahawa wujud kes prima facie dan meminta Zahid membela diri.

3. Ini bermakna, Mahkamah mendapati wujud bukti dan asas kukuh kepada kes pendakwaan bahawa Zahid telah melakukan jenayah.

WAJIB TONTON: PENDEDAHAN PENTING – PELEPASAN ‘PELIK’ ZAHID HAMIDI, DAKWAAN PH TERLIBAT, URA-URA MP UMNO TARIK SOKONGAN – FAKTA VS AUTA

4. Namun, pada 7 Ogos 2023, rakyat dikejutkan dengan berita bahawa Ketua pasukan pendakwaan, Raja Rozela, dikeluarkan daripada mengendalikan kes Zahid.

5. Kemudian, pada 4 September 2023, ketua baharu pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, memohon agar Zahid dilepaskan berdasarkan keputusan yang dicapai oleh Peguam Negara.

6. Oleh kerana pihak pendakwaan sendiri memohon agar Zahid dilepaskan, adalah disyaki bahawa kerajaan terlibat dalam pelepasan ini, kerana pihak pendakwaan dipercayai bertindak buat kerajaan

Bayangkan, Mahkamah sudah memutuskan bahawa wujud bukti dan asas kukuh kepada kes pendakwaan bahawa Zahid telah melakukan jenayah.

Disebabkan itu, Mahkamah memberi peluang kepada Zahid untuk membela diri, dan Zahid hanya perlu menimbulkan satu keraguan munasabah untuk memungkinkan dirinya dilepas dan dibebas.

Loading...

Seharusnya, Zahid menggunakan peluang itu untuk menampilkan sebarang bukti, alasan atau maklumat baharu sebagai sebahagian daripada pembelaannya untuk dinilai oleh pihak Mahkamah, bukannya Peguam Negara.

Ini tidak, Zahid membuat representasi kepada Peguam Negara agar kesnya digugur, dan pihak Peguam Negara didakwa memutuskan bahawa Zahid harus dilepas tanpa dibebaskan.

Adakah Peguam Negara tidak tahu bahawa Mahkamah sudah memutuskan wujud kes prima facie?

Semalam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menjelaskan secara terperinci sebab ketiga-tiga alasan utama yang diberikan oleh Timbalan Pendakwaraya berkait pelepasan Zahid tidak masuk akal dan tiada asas perundangan, antara lain (KLIK DI SINI UNTUK PENJELASAN HANIFF).

Sekali pun Peguam Negara memutuskan bahawa Zahid harus dilepas dan dibebas, keputusan itu sudah pasti dibuat sebelum Peguam Negara bercuti selama enam hari bermula 1 September 2023.

Namun, Zahid dilepas dan dibebas pada 4 September 2023, dalam pada Peguam Negara masih bercuti dan hanya dua hari sebelum Peguam Negara baharu masuk pejabat.

Bukankah perkembangan ini pelik, dan kenapakah Peguam Negara masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi walaupun sudah tiga Hari Zahid dilepaskan?

Saya kurang percaya Peguam Negara akan meruntuhkan kredibiliti beliau dengan melakukan sesuatu yang cukup luar tabii dan tiada asas perundangan, hanya dua hari sebelum beliau bersara secara wajib.

Saya percaya ada tangan ghaib ambil kesempatan dalam pada Peguam Negara bercuti untuk menjayakan pelepasan Zahid dengan cara yang mungkin melangkaui batasan perundangan dan Perlembagaan Persekutuan (RUJUK LINK DI HUJUNG BAWAH UNTUK PENJELASAN PENUH, ATAU KLIK DI SINI).

Adakah tangan ghaib ini tangan Zahid Hamidi sendiri?

WAJIB TONTON: PENDEDAHAN PENTING – PELEPASAN ‘PELIK’ ZAHID HAMIDI, DAKWAAN PH TERLIBAT, URA-URA MP UMNO TARIK SOKONGAN – FAKTA VS AUTA



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...