‘Saya diawasi, diperhatikan hingga ke tandas’ – Bekas Pengerusi 1MDB

Dalam prosiding lalu, Bakke juga memberitahu bahawa Najib tidak menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kebimbangannya mengenai transaksi tidak teratur 1MDB. Sumber (gambar): Fail TTF

ءساي ديوصي، دڤرهاتيكن هيڠڬ ك تاندسء – بكس ڤڠروسي 1مدب

Bekas pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa dirinya diawasi dan diperhatikan oleh kakitangan syarikat itu hingga ke tandas pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama 1MDB-Petrosaudi pada November 2009.

Saksi ke-15 pendakwaan pada perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak, itu berkata, perkara itu terjadi semasa dia menghadiri majlis berkenaan di Menara IMC, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

“Selepas meletak jawatan daripada 1MDB, saya tidak mahu terbabit lagi dengan 1MDB, ia sesuatu yang saya ingin lupakan, katanya.

Sebelum ini, Bakke pernah memberitahu mahkamah bahawa dia mensyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan tertuduh terlibat dalam transaksi kewangan tidak teratur di 1MDB. Bakke meletak jawatan sebagai pengerusi 1MDB pada Oktober 2009, sebulan sebelum majlis itu.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Bakke berkata demikian ketika menjawab soalan peguam bela utama tertuduh, Muhammad Shafee Abdullah mengapa dia tidak menemui Najib pada majlis itu untuk menyatakan ketidakpuasan mengenai pembayaran yang dibuat oleh 1MDB bagi syarikat usaha sama dan perkara berkaitan.

Apabila dicadangkan oleh peguam itu bahawa kemungkinan tindakan kakitangan 1MDB adalah menjaga keselamatannya, Bakke menjawab “Wallahu a’lam”.

TONTON: ISU FOREX – PENIPUAN NAJIB TERBONGKAR LAGI

Katanya, pada majlis itu, dia sentiasa diikuti ke mana-mana oleh kakitangan 1MDB, malah hingga ke tandas.

“Selepas meletak jawatan daripada 1MDB, saya tidak mahu terbabit lagi dengan 1MDB, ia sesuatu yang saya ingin lupakan, katanya.

Sebelum ini, Bakke pernah memberitahu mahkamah bahawa dia mensyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan tertuduh terlibat dalam transaksi kewangan tidak teratur di 1MDB. Bakke meletak jawatan sebagai pengerusi 1MDB pada Oktober 2009, sebulan sebelum majlis itu.

Dalam prosiding lalu, Bakke juga memberitahu bahawa Najib tidak menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kebimbangannya mengenai transaksi tidak teratur 1MDB.

Semasa pemeriksaan balas oleh Shafee petang tadi, Bakke mendakwa bahawa dia menerima jemputan ke majlis itu dan hadir atas dasar menghormati Lembaga Pengarah (BOD) dan pemegang saham 1MDB yang juga syarikat pelaburan strategik negara.

Loading...

Sumber:

WAJIB TONTON:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...