‘Saya akui ada masalah harga barang dan keperluan’ – Anwar

Anwar mengakui terdapat aduan dan rungutan kenaikan harga barang di negara ini hingga mencetuskan keresahan mendesak kerana ia memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat. Sumber (gambar): Fail TTF

ءساي اكوا اد مسئله هرڬ بارڠ دان كڤرلوانء – انور

TONTON: SAYA CABAR ANWAR TEGUR PUAD ZARKASHI

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat aduan dan rungutan kenaikan harga barang di negara ini hingga mencetuskan keresahan mendesak kerana ia memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat.

“Memang ada masalah. Saya akui masalah harga barang dan keperluan.

“Negara sudah ada keresahan sosial yang besar kerana sekatan beras dan peningkatan cukai eksport, bawang umpamanya. Itu semua beri kesan ekonomi dan kita cuba tangani. MOF sedia tampung, beri bantuan akan diteruskan,” katanya dipetik laporan media.

Sebelum ini, media melaporkan harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.


Saban hari rakyat merungut berhubung kenaikan harga barang di pasaran sehingga menyebabkan kos sara hidup turut terbeban ketika ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat aduan dan rungutan kenaikan harga barang di negara ini hingga mencetuskan keresahan mendesak kerana ia memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat.




Bagi menangani isu tersebut, Perdana Menteri berkata Kementerian Kewangan (MOF) sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangi kesan terhadap kenaikan harga barangan berkenaan.

“Saya sudah minta (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk) Armizan (Mohd Ali) dan (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup) Fuziah (Salleh) beri perhatian.

“Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berjalan.

“Memang ada masalah. Saya akui masalah harga barang dan keperluan.

“Negara sudah ada keresahan sosial yang besar kerana sekatan beras dan peningkatan cukai eksport, bawang umpamanya. Itu semua beri kesan ekonomi dan kita cuba tangani. MOF sedia tampung, beri bantuan akan diteruskan,” katanya dipetik laporan media.

Sebelum ini, media melaporkan harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.

Situasi berkenaan dikesan Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) berikutaan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari lalu.

Loading...

Katanya, peningkatan kos itu ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi.

Terdahulu, orang ramai juga merungut berhubung harga beras yang naik dan juga bekalan bahan asas lain yang tiada di pasaran sehingga menyukarkan rakyat.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...