Sanusi dedah Anwar bawa lelaki Indonesia mohon tanah lombong REE di Kedah

Menurut Sanusi, segala skandal yang dilontarkan terhadapnya hanya berniat jahat untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Sumber (gambar): Fail TTF

سنوسي دده انور باوا للاكي إندونيسيا موهون تانه لومبوڠ رياي د قدح

萨努西透露安瓦尔带着印度尼西亚男子在吉打乞讨稀土矿土地

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membawa seorang lelaki Indonesia ke Kedah bagi tujuan memohon kawasan lombong unsur nadir bumi (REE).

“Ada orang hubungi saya, Pak Riza Chalid ini ada nak berikan beratus-ratus lembu korban tetapi saya tak mahu sebab dah nak pilihan raya takut lembu itu jadi rasuah.

“Ketika itu saya dah jadi Menteri Besar, Anwar Ibrahim datang ke Kedah bersama lelaki berkenaan, saya tengok dalam portal Anwar dengan lelaki berkenaan berjumpa seseorang,” katanya.

Ujar Sanusi, perkara itu juga antara pendorong Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara bertalu-talu menjalankan serangan terhadapnya.


Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membawa seorang lelaki Indonesia ke Kedah bagi tujuan memohon kawasan lombong unsur nadir bumi (REE).

Sanusi mendedahkan perkara ini ketika berucap pada program Ceramah Perdana Gelombang Perikatan Nasional DUN Pedu malam semalam (Selasa).




Meurutnya, lelaki Indonesia berkenaan, Riza Chalid, membuat permohonan sebelum kerajaan negeri dibubarkan.

TONTON: ISU RUMAH BANGLO – LAPORAN POLIS SAYA BERKAIT LAPORAN ASAL SETIAUSAHA POLITIK ANWAR

“Ada orang hubungi saya, Pak Riza Chalid ini ada nak berikan beratus-ratus lembu korban tetapi saya tak mahu sebab dah nak pilihan raya takut lembu itu jadi rasuah.

“Ketika itu saya dah jadi Menteri Besar, Anwar Ibrahim datang ke Kedah bersama lelaki berkenaan, saya tengok dalam portal Anwar dengan lelaki berkenaan berjumpa seseorang.

“Rupanya Riza Chalid nak mohon kawasan lombong REE, patutlah Pudin (Saifuddin) ini terlalu nak pulun (serang) saya… tahu dah.

“Saya memang ingat Pak Riza ini ada jumpa macam-macam orang untuk nak mohon tanah lombong REE,” katanya ((rujuk juga video pendedahan Sanusi di hujung bawah).

Sanusi menambah, beliau tiada masalah jika ada pihak ingin memohon tanah untuk mengusahakan lombong REE, cuma ia perlu menggunakan saluran yang betul dań mendatangkan semula pulangan terhadap kerajaan negeri.

“Buat kerja ikut undang-undang, biar betul-betul. Janganlah sampai rosak mineral kita… hilang duit kita. Siapa pun atas dunia ini yang ada kemahiran ada kepakaran nak mohon kawasan REE silakan, kita luluskan dengan syarat hasil itu dipulangkan kepada rakyat Kedah.

Loading...

“Anwar Ibrahim ke Pudin (Saifuddin) marilah… sesiapa pun tak mengapa,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menegaskan, segala skandal yang dilontarkan terhadapnya hanya berniat jahat untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

“Jalan ceritanya supaya orang benci Sanusi, benci PN dan ingin tunjuk kelemahan tadbir urus dan tatakelola. Yang tak faham tatakelola ini Pudin (Saifuddin).

“Jadi ini berita besar (pendedahan berkenaan PM) bawa pengusaha dari Indonesia ingin mohon tapak untuk lombong REE di Kedah,” dedahnya.

THE THIRD FORCE

#PMX #Anwar #PRN #Sanusi #PerikatanNasional #REE #Kedah



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...