Sanusi dakwa Anwar bohong kononnya ada negeri minta wang bayar gaji

Sanusi berkata sekarang ini bukan sahaja pihak pembangkang sahaja yang marah dengan kerajaan campuran, malah majoriti rakyat juga sudah marah kerana kegagalan dalam pentadbiran menangani pelbagai permasalahan dihadapi rakyat. Sumber (gambar): Fail TTF

سنوسي دعوا انور بوهوڠ كونونڽ اد نڬري مينتا واڠ باير ڬاجي

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti meneruskan pembohongannya demi semata-mata untuk mendapat sokongan dalam kempen politik.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menggelar Anwar sebagai “buka mulut sahaja, bohong” dan mencabarnya supaya mendedahkan negeri mana yang meminta wang kepada kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangan awam negeri.

“Semua orang tahu dia buka mulut, dia bohong. Kelmarin dia mai di Pelangai ni, dia kata ada negeri mai duk minta duit gaji nak bayar gaji kakitangan awam dekat dia… betul tak?

“Dia mai kata lagu itu betul, hang (Anwar) bohong. Siapa dia pergi minta kat hang? Siapa dia? Habaq mai,” katanya semasa berceramah Grand Finale di Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai esok.

Sanusi memberi reaksi terhadap kenyataan Anwar semasa berkempen di Pelangai baru-baru ini yang mendakwa terdapat negeri yang diperintah pembangkang yang datang meminta bantuan untuk membayar gaji.

Bagaimanapun, Anwar tidak memperincikan dan menamakan negeri serta pemimpin yang datang menemuinya untuk membincangkan perkara tersebut.

Sanusi juga membidas Anwar sebagai tidak memahami konsep negara yang mengamalkan Federalisme dan sudah semestinya jika ada sesuatu isu atau masalah berbangkit, ia perlu dirujuk terlebih dahulu dengan pentadbiran kerajaan pusat.

“Tuan-tuan sekalian dalam sistem negara kita Federalisme, kalau negeri ada masalah memang kena pi kat Persekutuan.

“Kita tak boleh pi bank dunia sendiri-sendiri, tak boleh… Bank Asia tak boleh… Dia kena pi kat Persekutuan, kalau sesak sangat lah,” ujarnya.

Loading...

Sanusi berkata sekarang ini bukan sahaja pihak pembangkang sahaja yang marah dengan kerajaan campuran, malah majoriti rakyat juga sudah marah kerana kegagalan dalam pentadbiran menangani pelbagai permasalahan dihadapi rakyat.

“Orang marah hang, dah hang bohong… orang boleh marah hang takkan orang nak sokong pula saya parti lain dia parti lain.

“Saya mai di sini sebagai pengarah pilihan raya. Saya boleh ceramah. Takkan ceramah nak puji dia? Itu gila,” ujarnya berseloroh.

Sumber:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...