TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
“Bukankah menteri-menteri UMNO terlibat sama dalam mesyuarat kabinet yang memutuskan untuk menangguhkan sidang parlimen sehingga 1hb Ogos 2021?”
Raggie Jessy Rithaudeen
سنديوارا تركيني: منتري امنو سنديري ستوجو تڠڬوه سيدڠ ڤرليمين، كمودين امنو بيسيڠ
Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam mengumumkan bahawa sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan Covid-19.
Menurutnya, daripada 220 ahli parlimen yang masih ada, seramai 77 berumur di antara 61 hingga 69 tahun, manakala 19 lagi berumur antara 71 hingga 79 tahun dan empat lagi berumur 80 ke atas.
Kesemua mereka ini didakwa “kumpulan berisiko.”
Mengulas kenyataan Takiyuddin, seorang ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO yang diketahui “orang Najib” secara sinis mencadangkan agar had umur ahli parlimen dipinda sekiranya faktor usia menjadi halangan untuk Dewan Rakyat bersidang ketika wabak Covid-19.
“Kalau ini (faktor umur) alasannya, saya cadangkan ordinan baru nanti meletakkan had kepada umur ahli politik, umur menjadi ahli parlimen atau Adun 18 hingga 60 tahun,” katanya.
Saya bersetuju bahawa alasan Takiyuddin tidak masuk akal, lebih-lebih lagi memandangkan kerajaan boleh mengarahkan kesemua 220 ahli parlimen disuntik vaksin dengan kadar segera agar sidang parlimen dapat dimulakan secepat mungkin.
Tetapi saya ingin bertanya, bukankah menteri-menteri UMNO terlibat sama dalam mesyuarat kabinet yang memutuskan untuk menangguhkan sidang parlimen sehingga 1hb Ogos 2021?
Menurut sumber dalaman, keputusan ini merupakan keputusan “sebulat suara” dan disokong juga oleh seorang dua menteri UMNO yang dikatakan “pro-Najib dan pro-Zahid.”
Jadi buat apa ahli MKT menyindir Takiyuddin sedangkan UMNO sendiri terlibat dalam keputusan untuk menangguhkan sidang parlimen?
Sama juga halnya dengan pengisytiharan Darurat.
Ramai pemimpin UMNO tidak berpuas hati atas pengisytiharan itu yang dikatakan alasan untuk kelangsungan politik Muhyiddin.
Saya bersetuju, nasihat yang diberikan oleh Muhyiddin kepada Yang Di-Pertuan Agong menjadi tanda soal memandangkan Muhyiddin hilang majoriti pada ketika nasihat itu diberikan.
Saya turut bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bukan hanya Muhyiddin telah kehilangan majoriti ketika nasihat itu diberikan, alasan yang diberikannya berhubung keperluan Darurat adalah satu pembohongan.
Tapi bukankah menteri-menteri UMNO turut terlibat dalam mesyuarat kabinet yang memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin agar Darurat diisytiharkan?
Jadi buat apa kepimpinan UMNO tidak berpuas hati dengan Muhyiddin sedangkan UMNO sendiri terlibat dalam keputusan-keputusan beliau yang kemudiannya didakwa “tidak perlu” atau “tidak masuk akal?”
Sandiwara terlebih sangat kan? Atau sebab belum kena vaksin lagi?
WAJIB BACA:
Terbongkar lagi, kali ini bagaimana Zahid tipu majoriti pemimpin UMNO
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
