Saman RM150 juta: 9 tuntutan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim

THE THIRD FORCE

Berikut merupakan sembilan tuntutan yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdasarkan writ saman saman berjumlah RM150 juta sepertimana dilaporkan oleh Astro AWANI:

i. Ganti Rugi Am (“General Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut berjumlah RM50 juta.




ii. Sejumlah Ganti Rugi Teladan (“Exemplary Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut sejumlah RM100 juta.

iii. Perintah bahawa defendan dengan serta-merta menarik balik kesemua dan setiap satu kenyataan-kenyataan defendan tersebut.

TONTON: BERANI KERANA BENAR!! TUN M FAIL SAMAN FITNAH RM150 JUTA TERHADAP ANWAR

iv. Perintah bahawa defendan menyebabkan kesemua perkongsian kenyataan- kenyataan tersebut di semua platform media sosial dan/atau media elektronik cetak yang telah tertular tersebut dipadam dengan serta-merta, yang mana telah dikongsi oleh pengguna-pengguna lain di atas kesalahan defendan sendiri.

v. Perintah bahawa defendan hendaklah membuat permohonan maaf secara bertulis kepada anak guam kami tanpa syarat dan secara terbuka termasuk dengan aku janji bahawa defendan tidak akan sama sekali membuat apa-apa kenyataan dan/atau kenyataan lanjut yang menyentuh berkenaan reputasi dan integriti plaintif, dan permohonan maaf dan aku janji tersebut hendaklah tertakluk kepada kepuasan dan/atau dipersetujui oleh defendan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

vi. Perintah bahawa defendan mengadakan satu sidang media khas sempena permohonan maaf dan aku janji kepada plaintif tersebut dan menyatakan serta memberi aku janji seperti mana yang dinyatakan di pperenggan (iv) di atas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini;

vii. Faedah ke atas ganti rugi di atas pada kadar lima peratus setahun dari tarikh writ saman ini difailkan sehingga penyelesaian penuh terhadap defendan;

viii. Kos tindakan ini ditanggung oleh defendan.

Loading...

ix. Relif-relif lanjutan yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...