
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini dilihat cuba mengalihkan perhatian umum daripada isu pemberian projek bernilai RM1.4 bilion dengan menuding jari terhadap kerajaan sebelum ini.
Pada 21hb November 2019, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam mendakwa tiga kontrak bernilai RM1.4 bilion dibatalkan selepas kementerian Salahuddin dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Nafas secara rundingan terus.
Keesokkan harinya, Salahuddin mengaku terus menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi meminta sokongan beliau berhubung peganugerahan tender berkenaan.
Pengakuan Salahuddin sekaligus mencadangkan lantikan pengerusi dan ahli Jemaah pengarah NAFAS pada bulan Januari 2019 bukanlah berasarkan pertimbangan professional sepertimana yang dijanjikan dalam buku manifesto tetapi berdasarkan keahlian mereka yang dilantik dalam AMANAH.
PETALING JAYA: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini dilihat cuba mengalihkan perhatian umum daripada isu pemberian projek bernilai RM1.4 bilion dengan menuding jari terhadap kerajaan sebelum ini.
Menurut laporan, Salahuddin menegaskan dana berkenaan masih berada di Kementerian Kewangan dan bukan masuk ke akaun lain sepertimana yang berlaku semasa zaman Barisan Nasional.
“Saya sudah jelaskan, apa yang dilakukan itu masih dalam prosedur ditetapkan. Ia bukan skandal.
“Kalau skandal ini, skandal Tabung Haji, FGV dan 1MDB. Duit itu masuk ke dalam akaun peribadi atau akaun sesiapa.
“Namun, ke mana pergi peruntukan RM1.4 bilion itu? Ia masih dalam Perbendaharaan yang kita yakin akan diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Itu saja,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mempertahankan dakwaannya bahawa pemberian projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bernilai RM1.4 bilion secara rundingan terus, yang akan diberikan kepada NAFAS, sebagai satu skandal.
Berita Harian pada Sabtu lalu melaporkan penganugerahan pelbagai projek berkaitan padi secara rundingan terus kepada NAFAS yang dilaksanakan sejak 1980-an adalah bagi membela dan menjaga kebajikan 920,000 ahli yang memiliki saham dalam pertubuhan itu.
Laporan berkenaan memetik pengerusi NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, sebagai berkata pertubuhan itu tidak akan mampu bersaing dengan syarikat besar jika penganugerahan projek dilakukan secara tender terbuka.
Mengenai dakwaan bahawa beliau disabotaj oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementeriannya berhubung isu tender itu, Salahuddin enggan mengulas mengenai isu itu.
Semalam, TTF menulis:
Pada 21hb November 2019, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam mendakwa tiga kontrak bernilai RM1.4 bilion dibatalkan selepas kementerian Salahuddin dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Nafas secara rundingan terus.
Keesokkan harinya, Salahuddin mengaku terus menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi meminta sokongan beliau berhubung peganugerahan tender berkenaan.
Pengakuan Salahuddin sekaligus mencadangkan lantikan pengerusi dan ahli Jemaah pengarah NAFAS pada bulan Januari 2019 bukanlah berasarkan pertimbangan professional sepertimana yang dijanjikan dalam buku manifesto tetapi berdasarkan keahlian mereka yang dilantik dalam AMANAH.
Justeru, timbul pula persoalan sekiranya Salahuddin berani berlaku telus dalam menangkis persepsi ini dengan mendedahkan gaji, elaun dan faedah yang diperolehi setiap ahli Jemaah pengarah NAFAS menerusi pembentangan angka-angka ini di parlimen dan juga menerusi pengisytiharan aset mereka yang terlibat ke pihak SPRM.
Salahuddin disarankan berbuat demikian dengan kadar segera sebagai memenuhi janji PH untuk berlaku adil dengan memberikan penerangan secara terbuka dan telus sekiranya timbul keraguan di kalangan rakyat jelata.
Perkara ini tidak boleh dilengahkan lagi memandangkan rakyat sudah mula khuatir berlakunya salahguna kuasa dan rasuah melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta ahli-ahli Jemaah pengarah NAFAS yang sememangnya dari kalangan orang AMANAH.
THE THIRD FORCE
BACA JUGA:
Isu RM1.4 bilion: Salahudin, Jemaah Pengarah NAFAS perlu segera isytihar aset
