ساله ڬونا كواس، عنصور رسواه: خير الدين ابو حسن بوات لاڤورن سڤرم ترهادڤ انور إبراهيم
滥用权力、腐败元素:凯鲁丁·阿布·哈桑向反贪会提交针对安瓦尔·易卜拉欣的报告
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merangkap Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu tampil membuat laporan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, 11 pagi ini.
Dalam satu kenyataan, Khairuddin memberitahu bahawa laporan itu adalah bagi meminta pihak SPRM menyiasat pendedahan yang dibuat oleh mantan Penolong Gabenor Bank Negara sepertimana yang terkandung dalam kenyataan surat sumpah berkanun beliau satu ketika dulu.
Menurut Khairuddin, Dato Seri Anwar Ibrahim harus berhenti menuduh orang lain sebagai ‘kaki sakau’ sehinggalah siasatan menunjukkan beliau benar-benar bersih dari perbuatan ‘sakau.’
“Setakat ini beliau juga kelihatan sebagai salah seorang pemimpin ‘kaki sakau’ sehinggalah siasatan dijalankan untuk membuktikan di sebaliknya,” katanya.

TONTON: KENYATAAN RAFIZI BERHUBUNG HARGA MINYAK SALAH – JANGAN CUBA PUTAR BELIT FAKTA
“Harapan saya agar Ketua Pesuruhjaya SPRM memikul tanggungjawab beliau secara jujur dan amanah untuk menyiasat kes ini secara komprehensif, professional, adil serta saksama secara ‘without fear and favour’ bagi memerangi sebarang bentuk amalan rasuah di negara kita secara habis-habisan.
“Setakat ini beliau juga kelihatan sebagai salah seorang pemimpin ‘kaki sakau’ sehinggalah siasatan dijalankan untuk membuktikan di sebaliknya,” katanya.
Menurut Khairuddin lagi, pengalamannya dengan SPRM melawan kes skandal 1MDB dari tahun 2014 sehingga 2018 mendedahkan banyak insiden yang didakwa mengecewakan.
“Pihak SPRM adalah sebuah badan pencegahan rasuah yang pada realitinya harus berani menyiasat setiap kes-kes rasuah tanpa ‘memilih bulu’ dan tidak menjadi satu badan ‘cover up’ pada mana-mana pemimpn kerajaan masakini.
“Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya juga secara jujur ingin menasihati Tan Sri Azam Baki agar memikul tanggungjawabnya secara terbaik serta teramanah mungkin kerana kita senantiasa diperhatikan oleh Allah swt dalam apa saja gerak kerja di muka alam ini.
“Sekali lagi dalam isu melawan salahlaku Dato Seri Anwar Ibrahim sebenarnya saya tidak bersifat emosional tetapi sesungguhnya saya hanya mahu menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dalam melawan salahguna kuasa mahupun amalan rasuah di tanahair yang tercinta ini.”
THE THIRD FORCE
TONTON: KENYATAAN RAFIZI BERHUBUNG HARGA MINYAK SALAH – JANGAN CUBA PUTAR BELIT FAKTA
#PMX #Anwar #PRN #KhairuddinAbuHassan