Saifuddin Nasution: Ada usaha terancang umpan ahli parlimen pembangkang dengan habuan, ugutan

Menurut Saifuddin, PKR mengecam langkah terdesak untuk membuatkan wakil rakyat PKR keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti kerajaan, sama ada melalui ugutan mahupun habuan. Sumber (gambar): Fail TTF

صيفالدين نساوتياون: اد اوسها ترانچڠ اومڤن اهلي ڤرليمين ڤمبڠكڠ دڠن هابوان، اوڬوتن

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, wujud langkah-langkah terancang yang sedang diusahakan oleh ‘pihak tertentu’ untuk melemahkan kekuatan pembangkang, termasuk dari kalangan wakil rakyat PKR.

Menurut Saifuddin, perkara itu berlaku dalam pada kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional hilang sokongan majoriti di Parlimen selain persidangan Dewan Rakyat tidak dapat dijalankan ketika darurat berkuat kuasa.

Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Sejurus kemudian, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri.

Kenyataan Tengku Razaleigh turut disokong oleh peguam Muhammad Rafique bin Rashid Ali, yang berkata, Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Seri.


PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, wujud langkah-langkah terancang yang sedang diusahakan oleh ‘pihak tertentu’ untuk melemahkan kekuatan pembangkang, termasuk dari kalangan wakil rakyat PKR.

Menurut Saifuddin, perkara itu berlaku dalam pada kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional hilang sokongan majoriti di Parlimen selain persidangan Dewan Rakyat tidak dapat dijalankan ketika darurat berkuat kuasa.




Bagaimanapun, Saifuddin tidak menjelaskan secara terperinci ‘pihak tertentu’ yang dimaksudkannya itu.

“Ini sedang dilakukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan sama ada berkait cukai pendapatan, siasatam polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau melalui tawaran projek serta jawatan dalam syarikat milik kerajaan GLC.

“Pada masa sama, jelas di mata ramai bahawa kerajaan kini sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan, mahupun kesihatan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas beliau, PKR mengecam langkah terdesak untuk membuatkan wakil rakyat PKR keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti kerajaan, sama ada melalui ugutan mahupun habuan.

“Ahli-ahli Parlimen PKR harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat reformasi, serta sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada Pilihanraya Umum ke-15 kelak,” katanya.

Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Dalam mengumumkan perkara ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata kebenaran untuk parlimen bersidang termaktub dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14hb Januari 2021.

Loading...

Menurutnya, sub perenggan 14 (1)(b) ordinan tersebut menetapkan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Sejurus kemudian, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri.

“Sebenarnya, memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Apatah lagi dalam keadaan darurat yang telah diisytiharkan. Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Kenyataan Tengku Razaleigh turut disokong oleh peguam Muhammad Rafique bin Rashid Ali, yang berkata, Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Seri

Paduka Baginda untuk memanggil persidangan Parlimen.

Menurutnya, Seksyen 14 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 pula menyatakan bahawa Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak terpakai semasa tempoh Darurat berkuatkuasa.

“Namun, Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh YDPA.

“Peruntukan ini tidak menyatakan bahawa dalam melaksanakan perkara tersebut, YDPA mesti bertindak di atas nasihat Perdana Menteri,” katanya.

THE THIRD FORCE

MUST READ:

Open letter to Pakatan Harapan – make your choice

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...