“…mahkamah menjelaskan, daripada semakan dokumen pengampunan, tidak ada mana-mana bahagian pengampunan yang yang membawa makna sabitan bersalah terhadap Anwar telah diampunkan.” TONTON PENDEDAHAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
Raggie Jessy Rithaudeen
Pada 20 Disember 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapan sulung di Parlimen, mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberikan pengampunan kepada beliau pada 2018 selepas mendapati terdapat “fitnah yang jelas” dalam kes liwat II.
“Baginda bertitah ‘Ini pelanggaran prinsip keadilan, oleh yang demikian saya akan memberi pengampunan penuh sesegera mungkin,” kata Anwar, yang mendakwa dihubungi oleh Sultan Muhammad V sendiri pada 2018.
Samada benar atau tidak ‘perbualan’ ini berlaku tidak penting – yang penting, gambaran yang diberikan oleh Anwar di sini dan juga menerusi beberapa kenyataan lain ialah sabitan bersalah terhadap beliau dalam kes liwat II terbatal menerusi pengampunan Diraja.
Ini tidak benar.
TONTON PENDEDAHAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
Anwar mungkin terkhilaf, terkeliru, memutar belit atau ada penjelasan lain, saya tidak tahu.
Tetapi pengampunan Diraja yang diberikan kepada Anwar terhad kepada hukuman penjara kes Liwat II dan bukannya sabitan bersalah yang dikekalkan di peringkat Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan.
Ini bermakna, Anwar kekal sebagai seorang yang disabit bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.
Ini terbukti menerusi penjelasan Mahkamah Persekutuan pada 10 Januari 2023.
Pada tarikh itu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan seorang peguam untuk mengembalikan saman mencabar pengampunan diraja yang diberi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.
Dalam menolak permohonan itu, mahkamah menjelaskan, daripada semakan dokumen pengampunan, tidak ada mana-mana bahagian pengampunan yang membawa maksud sabitan bersalah terhadap Anwar telah diampunkan.
Perkara ini disahkan oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla…
TONTON PENDEDAHAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
