رڤق سهكن دوكومن اصل ‘سورت سوكوڠن كڤد زاهيد اونتوق بنتوق كابينيت’ وجود، دسراه كڤد سڤرم
Blogger Raja Petra Kamarudin dari United Kingdom mengesahkan telah menghantar dokumen asal “Surat Sokongan Kepada Zahid Untuk Bentuk Kabinet” yang bertandatangan kepada SPRM untuk perhatian mereka.
Menurutnya, pihak SPRM kini boleh menghantar dokumen berkenaan ke unit forensik bagi mengenalpasti kesahihan tandatangan yang tertera padanya.
Zahid sebelum ini dikaitkan dengan surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana surat ini ditujukan kepada Istana Negara tidak lama sebelum “Langkah Royale Chulan,” yang menjurus kepada pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Zahid pada mulanya senyap berhubung kesahihan laporan TTF dan Malaysianow, namun akhirnya dilaporkan mengaku menandatangani surat menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, semasa pertemuan beliau bersama dengan ahli-ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara (BACA DI SINI).
Blogger Raja Petra Kamarudin dari United Kingdom mengesahkan telah menghantar dokumen asal “Surat Sokongan Kepada Zahid Untuk Bentuk Kabinet” yang bertandatangan kepada SPRM untuk perhatian mereka.
Perkara ini didedahkan oleh blogger berkenaan di portal Malaysia Today (BACA DI SINI), dan apabila saya membacanya, saya terus menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan perkara ini.
Menurutnya, pihak SPRM kini boleh menghantar dokumen berkenaan ke unit forensik bagi mengenalpasti kesahihan tandatangan yang tertera padanya.
Raja Petra turut berkata, pihak SPRM sudah menghubunginya bagi mengadakan pertemuan, dan pertemuan ini akan berlaku di satu lokasi yang masih belum ditetapkan.
Baru-baru ini, muncul dakwaan bahawa calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diminta untuk menandatangani surat menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan memberinya mandat untuk membentuk Kabinet, sekiranya UMNO dan BN memenangi pilihan raya.
Namun, perkara ini dinafikan oleh Zahid, yang sebelum ini memberi isyarat bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjadi calon Perdana Menteri bagi Barisan Nasional.
Zahid sebelum ini dikaitkan dengan surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana surat ini dikatakan dituju kepada Istana Negara tidak lama sebelum “Langkah Royale Chulan,” yang menjurus kepada pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Kewujudan “Surat Zahid kepada Istana Negara” ini mula-mula didedahkan oleh TTF dan Malaysianow, dan Zahid dilihat menipu kononnya seluruh Barisan Nasional menyokong pencalonan Anwar.

RJ RITHAUDEEN