Dalam usaha untuk memelihara keutuhan agama Islam serta memerangi gejala Islamophobia, ahli-ahli Parlimen Melayu Islam digesa membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
“Kita lihat, sehingga akhir-akhir ini, institusi-institusi Muamalat Islam seperti Lembaga Tabung Haji diganggu gugat.
“Sekiranya agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, sudah tentu perkara ini tidak berlaku, kerana yang menggangu gugat institusi-institusi Muamalat Islam itu bukan orang Islam.
PETALING JAYA: Dalam usaha untuk memelihara keutuhan agama Islam serta memerangi gejala Islamophobia, ahli-ahli Parlimen Melayu Islam digesa membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
Menurut pengarah bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Mohd Yusup, pindaan itu bertujuan menjadikan agama Islam agama rasmi persekutuan dan Islamophobia satu jenayah.
“Sekiranya agama Islam tidak dijadikan agama rasmi, maka berlakulah satu penghinaan kepada agama kita dan Nabi kita.
“Kita lihat, sehingga akhir-akhir ini, institusi-institusi Muamalat Islam seperti Lembaga Tabung Haji diganggu gugat.
“Sekiranya agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, sudah tentu perkara ini tidak berlaku, kerana yang menggangu gugat institusi-institusi Muamalat Islam itu bukan orang Islam.
Menurut Rosdzaman, terdapat segelintir masyarakat yang takut pada Islam kerana diberi persepsi yang bukan-bukan menerusi Islamophobia.
“Memang ada golongan tertentu yang tidak selesa dengan agama Islam sehingga ada di antara mereka sanggup menghina Nabi-Nabi Islam.
“Golongan ini membawa ancaman kepada Institusi Islam, agama Islam, orang Melayu-Islam serta institusi diraja.
“Kami berikrar akan menentang golongan ini dan mana-mana puak yang cuba menakut-nakutkan kaum lain supaya membenci Islam, takut kepada Islam, takut kepada Melayu Islam
“Untuk itu, kami menuntut agar Islamophobia dijadikan jenayah yang boleh dipenjarakan jika disabit kesalahan,” katanya.
THE THIRD FORCE
