ROSDZAMAN: BERSATU BIAR CARA ISLAM, BUKAN MENURUT ACUAN PERIBADI

Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup. Sumber (gambar): TTF

Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup, hari ini berkata Islam tidak pernah mengajar umatnya taksub dengan pemimpin tetapi sebaliknya mengajak kaum muslimin dan muslimat hidup berkomuniti secara harmoni menerusi permuafakatan ke arah perpaduan dan kemakmuran.

“Tidak kira kerajaan ataupun pembangkang, fokus utama perlu menjurus ke arah penyatuan dan keterbukaan hati kesemua pemimpin Melayu-Islam untuk mengenepikan ego dan bermuzakarah demi agama, raja, bangsa dan negara.”

Rosdzaman turut menyelar pemimpin yang berpandukan ajaran-ajaran ‘strategi’ politik kuno seperti “Sun Tzu Art of War” dan “the Machiavellian politician.”

“Kegagalan segelintir ahli politik sejak kebelakangan ini disebabkan sifat taksub mereka terhadap ajaran-ajaran ini yang jauh ketinggalan dan tidak 100 peratus kena dengan peredaran zaman.

“Betul ke ada internet zaman Sun Tzu? Ada ke Machiavelli gunakan Facebook ataupun Media Sosial untuk berinteraksi?

“Ahli-ahli politik kita perlu peka terhadap sentimen dan kebijaksanaan komuniti sepadan dengan peredaran zaman. Islam is dynamic, and so must be its community leaders.


PETALING JAYA: Islam tidak pernah mengajar umatnya taksub dengan pemimpin, tetapi sebaliknya, mengajak kaum muslimin dan muslimat hidup berkomuniti secara harmoni menerusi permuafakatan ke arah perpaduan dan kemakmuran.

Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup, yang turut menegaskan perlunya perpaduan dan kemakmuran ini demi memartabatkan lagi kedudukan dan kemuliaan Islam di era politik moden yang semakin diancam anasir-anasir anti-Islam yang berniat jahat.




“Sifat taksub ataupun suka mendewa-dewakan mana-mana pemimpin hanya merugikan kita sebagai umat Islam dan mampu memesongkan akidah kita.

“Sifat ini akan mengalihkan tumpuan daripada perlunya untuk kita bersatu kepada perlunya menaikkan martabat seseeorang pemimpin.

“Ini tidak diajar oleh Islam. Tidak kira kerajaan ataupun pembangkang, fokus utama perlu menjurus ke arah penyatuan dan keterbukaan hati kesemua pemimpin Melayu-Islam untuk mengenepikan ego dan bermuzakarah demi agama, raja, bangsa dan negara.”

Menurut Rosdzaman, muzakarah ke arah penyatuan yang hanya melibatkan pemimpin-pemimpin politik tidak mampu mencapai kata sepakat dalam konteks menyeluruh kerana pemimpin-pemimpin tersebut adalah pemimpin parti, bukannya ketua komuniti Islam.

“Mana perginya tok Imam? Mana perginya kelompok-kelompok pejuang? Masing-masing ada tanggungjawab, masing-masing ada kedudukkan dalam kehidupan berkomuniti.

“Usaha penyatuan biarlah holistik, bukan hanya menurut acuan yang difikirkan sesuai segelintir orang yang dipilih rakyat berbilang bangsa dan agama.

“Ini soal Islam dan hidup berkomuniti. Ini bukan soal parlimen ataupun penyatuan parti-parti politik semata-mata. Di dalam Islam, biar ada politik dan pentadbirannya, aspek-aspek lain turut perlu diberi penekanan.

Loading...

Rosdzaman turut menyelar pemimpin yang berpandukan ajaran-ajaran ‘strategi’ politik kuno seperti “Sun Tzu Art of War” dan “the Machiavellian politician.”

“Kegagalan segelintir ahli politik sejak kebelakangan ini disebabkan sifat taksub mereka terhadap ajaran-ajaran ini yang jauh ketinggalan dan tidak 100 peratus kena dengan peredaran zaman.

“Betul ke ada internet zaman Sun Tzu? Ada ke Machiavelli gunakan Facebook ataupun Media Sosial untuk berinteraksi?

“Ahli-ahli politik kita perlu peka terhadap sentimen dan kebijaksanaan komuniti sepadan dengan peredaran zaman. Islam is dynamic, and so must be its community leaders.

“Jangan kerana taksub wang, kuasa dan kedudukan mata pemimpin kita kabur sehingga tidak dapat melihat jalan ke air jernih.”

GERAKAN BANGSA NASIONAL



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...