TONTON: DAKWAAN MP BERSATU DI UGUT SUPAYA SOKONG KERAJAAN WAJIB DISIASAT JAWATANKUASA BEBAS
Raggie Jessy Rithaudeen
رومباكن كابينيت بطل؟
Pada 23 September lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bersedia membuat rombakan kabinet secara besar-besaran dalam masa terdekat.
Memetik sumber ‘terdekat’ Jabatan Perdana Menteri yang tidak dinamakan, portal itu mendakwa, Anwar sedang menyusun rombakan kabinet termasuk menukar ketua-ketua setiausaha (KSU) beberapa kementerian.
Tidak lama kemudian, saya berkata;
“Bayangan diberi bahawa rombakan kabinet akan berlaku dalam masa terdekat, dan bayangan yang paling jelas diberikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di mana beliau menyarankan diwujudkan semula kemneterian Wilayah.
“Bagi saya, amat pelik bila saranan-saranan dan bayangan paling jelas datangnya daripada UMNO.
“(Ramai) orang kata, Anwar hendak merombak kabinet untuk mengalihkan perhatian orang daripada kegagalan Anwar sendiri mengurus ekonomi, ringgit, kos sara hidup, bekalan bahan makanan.
“(Menurut pendapat ini, Anwar) cuba menimbulkan persepsi kononnya ini disebabkan kegagalan menteri-menteri dia.
“Saya tidak tolak kemungkinan itu, tapi bagi saya, ada satu lagi kemungkinan yang tidak dapat dinafikan.”
Kemungkinan yang saya maksudkan ialah tindakan semua ahli parlimen Sabah dan Sarawak menarik sokongan kepada Anwar sekiranya sejumlah ahli parlimen daripada Barisan Nasional melakukan perkara yang sama.
Walaupun Abang Johari mengumumkan pendirian GPS untuk terus menyokong Anwar sehingga PRU16, jika cukup ahli parlimen Barisan Nasional menarik sokongan dan menerima calon Perdana Menteri dari GPS, apa sahaja boleh terjadi.
TONTON: DAKWAAN MP BERSATU DI UGUT SUPAYA SOKONG KERAJAAN WAJIB DISIASAT JAWATANKUASA BEBAS
Kesedaran ini semestinya mencemaskan Anwar, dan dalam kecemasan ini, perkara yang paling logik untuk dilakukan ialah menawarkan jawatan menteri kepada ahli parlimen Barisan Nasional yang dianggap “paling berisiko menarik sokongan” (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan risiko”).
Sekiranya tawaran ini dibuat, dan jika mana-mana ahli kumpulan risiko mengalah dan menerima tawaran itu, rombakan kabinet sudah pasti berlaku sebelum bacaan kali kedua dan ketiga rang undang-undang perbekalan 2024.
Ini untuk mengelakkan situasi di mana rang undang-undang ini gagal mendapat sokongan majoriti, sehingga Anwar terpaksa menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk meletak jawatan atau mengusulkan pembubaran parlimen.
Namun, rang undang-undang perbekalan 2024 sudah pun dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini, bersamaan Jumaat, 13 Oktober 2023.
Ini bermakna, rancangan untuk merombak kabinet samada terbatal atau dialihkan ke tarikh lain, dan saya mengesyaki ianya ada kaitan dengan kesudahan rundingan (sekiranya ada) di antara ahli-ahli kumpulan risiko, Perikatan Nasional, Sabah dan Sarawak.
Samada:
1. Ahli-ahli kumpulan risiko berjaya mencapai persetujuan dengan Perikatan Nasional, Sabah dan Sarawak berhubung calon Perdana Menteri dan berhasrat untuk tidak menyokong rang undang-undang perbekalan pada bacaan ketiga, atau
2. Ahli-ahli kumpulan risiko gagal mencapai persetujuan dengan Perikatan Nasional, Sabah dan Sarawak berhubung calon Perdana Menteri, dan semua terbabit berhasrat menyokong rang undang-undang perbekalan pada bacaan ketiga.
Dalam senario pertama, ahli-ahli kumpulan risiko semestinya menolak sebarang tawaran untuk bersama dalam Kabinet Anwar, manakala dalam senario kedua, Anwar tidak perlu lagi menawarkan sebarang jawatan kepada ahli-ahli kumpulan risiko dalam masa terdekat.
Apa pun, kesudahannya akan kita ketahui tidak lama lagi.
TONTON: DAKWAAN MP BERSATU DI UGUT SUPAYA SOKONG KERAJAAN WAJIB DISIASAT JAWATANKUASA BEBAS
