‘Rombak macam mana pun tak guna lah Anwar, lebih baik letak jawatan je…’

“Pokonya, kegagalan kerajaan bukan disebabkan Menteri atau timbalan Menteri semata-mata tetapi disebabkan kegagalan Anwar sendiri sebagai Perdana Menteri” 

TONTON JUGA: KERAJAAN PERLU AKUR KRISIS BEKALAN BERAS SERIUS

Raggie Jessy Rithaudeen

Malaysiakini melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bersedia membuat rombakan kabinet secara besar-besaran dalam masa terdekat.




Memetik sumber ‘terdekat’ Jabatan Perdana Menteri yang tidak dinamakan, portal itu mendakwa, Anwar sedang menyusun rombakan kabinet termasuk menukar ketua-ketua setiausaha (KSU) beberapa kementerian.

Namun, rombakan berkenaan tidak akan membawa sebarang makna atas sebab-sebab berikut;

1. Anwar sendiri terlalu banyak memungkiri janji, terlalu banyak putar belit, terlalu banyak menipu dan melakukan perkara yang tidak berperlembagaan (larangan sentuh 3R sebagai contoh)

TONTON JUGA: KERAJAAN PERLU AKUR KRISIS BEKALAN BERAS SERIUS

2. Blok PH-BN terlalu bermasalah dan bahang Islamophobia amat terasa, khususnya, disebabkan kenyataan-kenyataan beracun yang bersempadankan rasisme, anti-Islam dan anti-Muslim oleh beberapa pemimpin DAP.

3. Anwar gagal menegur pemimpin DAP ini tetapi selalu bercerita tentang gejala “perkauman dan kefanatikan agama” atas pentas yang sama dengan DAP, seolah-olah DAP ini suci dan tidak pernah berbuat apa-apa.

4. Ini meningkatkan keyakinan bahawa Anwar menaruh dendam terhadap pembangkang dan dipercayai antara punca kadar peralihan sokongan kepada Perikatan Nasional meningkat dari Pilihan Raya ke Pilihan Raya.

5. Kepercayaan terhadap sistem perundangan jenayah, pihak berkuasa (terutamanya SPRM) dan sistem keadilan di bawah pentadbiran Anwar terhakis teruk.

Loading...

6. Ini berpunca daripada pelepasan luar tabii Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pengakuan Anwar sendiri bahawa Ketua SPRM memanggilnya untuk memberi perkembangan terkini siasatan terhadap kes berprofil tinggi yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang

7. Anwar dilihat mengamalkan dasar politik darjat “pembangkang tak boleh buat, hanya kami dalam blok kerajaan boleh buat” dalam banyak perkara.

8. Pihak berkuasa pula dilihat melindungi pemimpin blok kerajaan dan menekan pemimpin pembangkang atas isu yang sama atau seakan sama.

9. Kerajaan Anwar menghalalkan nepotisme dengan membenarkan penglibatan ahli keluarga menteri dalam urusan berkait kerajaan, bercanggah dengan perjuangan Anwar selama hampir tiga dekad yang cukup anti-nepotisme.

Ini hanyalah cebisan daripada berbelas-belas sebab kenapa rombakan kabinet di bawah kepimpinan Anwar tidak muntkin akan membawa sebarang makna.

Pokonya, kegagalan kerajaan bukan disebabkan Menteri atau timbalan Menteri semata-mata, tetapi disebabkan kegagalan Anwar sendiri sebagai Perdana Menteri.

Lebih elok Anwar berundur atau mengusulkan pembubaran parlimen dan serah balik mandat kepada rakyat sebelum Malaysia jahanam terus.

TONTON JUGA: KERAJAAN PERLU AKUR KRISIS BEKALAN BERAS SERIUS



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...