TONTON PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Ringgit telah jatuh ke paras paling buruk dalam tempoh 25 tahun, dengan penurunan sebanyak 0.3% kepada 4.7635 berbanding dolar Amerika Syarikat.
Ini merupakan tahap paling lemah sejak krisis kewangan Asia pada 1998, dan menariknya, perosotan ringgit terus berlaku dalam pada Belanjawan 2024 dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Pada 9 pagi hari ini, Ringgit susut kepada 47615/7650 berbanding dolar Amerika daripada penutupan semalam pada 4745/7485.
Menurut Bloomberg, Ringgit kini mencatat prestasi terburuk di Asia tahun ini selepas Yen Jepun.
Bloomberg turut menyebut Malaysia menyaksikan penurunan eksport selama enam bulan berturut-turut sehingga Ogos.
TONTON PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI
