Reputasi sistem perundangan Malaysia merosot teruk, pentadbiran kini ala kleptokrasi 2.0

Khairuddin Abu Hassan

ريڤوتاسي سيستم ڤرونداڠن مليسيا مروسوت تروق، ڤينتادبيران كيني الا قليڤتوكراسي 2.0

Apabila mahkamah membenarkan para penjenayah ke luar negara ini membuktikan ‘mahkamah kangaroo’ Malaysia juga dihakimi oleh kalangan hakim-hakim yang hanya mengikut arahan kerajaan masakini.

Para hakim-hakim sepatutnya berprinsip dan memegang erat kepada ‘rule of law’ serta bersikap berdikari di dalam membuat sebarang keputusan kehakiman secara bebas tanpa boleh dipengaruhi oleh bidang eksekutif.




Bidang judisiari kita tidak ‘independent’ tetapi dibelenggui oleh bidang eksekutif.

Begitu juga dengan pejabat Peguam Negara yang ‘haprak’ yang diterajui oleh seorang Peguam Negara yang juga tidak bebas dari dibelenggui oleh bayang-bayang bidang eksekutif.

Keputusan mereka tidak berteraskan kepada undang-undang secara tulen tetapi bergantung kepada siapa yang menjadi kerajaan masakini.

Rakyat Malaysia tidak menghormati lagi bidang kehakiman mahupun perundangan kita yang kelihatan sebagai ‘half past six’ semata-mata.

Terdapat unsur pilih kasih di dalam membuat keputusan penghakiman. Kalangan atasan senang dibebaskan tetapi rakyat marhein senantiasa ditindas.

Pentadbiran ala zaman kleptokrasi 2.0 sedang kembali kerana kini kerajaan amat selesa dari kedudukannya setelah ada MoU dimeterai dengan kalangan pembangkang dari PH.

Apa yang berlaku pada hari ini juga adalah jasa mantan Perdana Menteri selama 17 bulan iaitu Mahiaddin Mad Yasin yang bertanggungjawab memberi kuasa semula kepada para kleptokrats.

Loading...

Gara-gara percaturan politik jahat Mahiaddin Mad Yasin bersama rakan-rakan pengkhianat yang lain dalam ‘Langkah Sheraton’ telah bertanggungjawab memberi kuasa semula kepada golongan kleptokrats memimpin negara pada hari ini.

Mengizinkan penjenayah tersohor negara yang terkenal di seluruh dunia terbang ke Singapura bagi menziarah anak bersalin adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.

Dalam isu pihak penguatkuasa undang-undang menyerah pasport semula kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor melambangkan reputasi sistem perundangan Malaysia sudah mengalir ke dalam longkang!!

Kemungkinan para hakim-hakim dan pendakwaraya yang mengizinkan perkara ini berlaku juga bereputasi ‘air longkang!!’

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...